Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


Anwar, Leng Chan akan dipanggil

Posted:

Anwar, Leng Chan akan dipanggil

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Hong Leong Finance Bhd., Tan Sri Quek Leng Chan akan dipanggil sebagai saksi dalam kes saman Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) membabitkan perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu.

Menurut peguam D. Paramalingam yang mewakili ahli perniagaan, Low Thiam Hoe yang disaman oleh firma kewangan itu, pihaknya sedang berusaha untuk menyerahkan sapina kepada Ketua Pembangkang itu dan juga Leng Chan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Paramalingam hari ini kepada Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Hadhariah Syed Ismail yang mendengar perbicaraan kes saman tersebut.

Terdahulu, Paramalingam menjelaskan, usaha menyerahkan sapina tersebut pada 23 Mac lalu kepada Anwar di Parlimen tidak berjaya sementara Leng Chan pula tidak dapat dikesan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

'Detektif Lim' dibebas, lepas tuduhan curi buku

Posted:

'Detektif Lim' dibebas, lepas tuduhan curi buku

PUTRAJAYA 28 Mac - Selepas menunggu ketentuan kesnya selama tiga tahun, pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah lega apabila Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskannya daripada sabitan serta hukuman penjara dua bulan selain denda RM2,000 atas kesalahan mencuri buku.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya.

Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan pelakon tersebut yang lebih dikenali sebagai 'Detektif Lim' selepas membenarkan rayuannya.

Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid Amirul mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan