Khamis, 29 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Restoran di KLCC terbakar

Posted: 29 Mar 2012 04:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran di tingkat empat pusat beli belah KLCC di sini terbakar pada 5.20 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semua jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kita masih menunggu laporan pegawai di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.

KLCC adalah antara destinasi pelancongan utama di negara ini. - BERNAMA




Dua mangsa lemas di Pulau Perhentian Besar dikenal pasti

Posted: 29 Mar 2012 04:01 AM PDT

BESUT: Dua lelaki yang dipercayai lemas di perairan Pulau Perhentian Besar petang semalam telah dikenal pasti iaitu Ahmad Salman Reza Mohd Zali dan rakannya Mohd Nazrolhaniff Sobani, kedua-duanya dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Zakaria berkata, Ahmad Salman Reza, 27, berasal dari Seksyen 10, Wangsa Maju dan Mohd Nazrolhaniff, 26, dari Taman Melati, Gombak, merupakan pekerja sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.

Beliau berkata dakwaan terdapat seorang pelancong asing yang turut lemas dalam kejadian itu tidak tepat kerana berdasarkan laporan penduduk tempatan, pelancong berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah bot sejurus selepas kejadian itu.

"Kumpulan lelaki berkenaan datang secara berkumpulan seramai 7 orang dikatakan datang bercuti melalui pakej Mohsin Chalet di Pulau Perhentian Besar setelah tiba kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Jeti Kuala Besut.


"Setelah menyimpan barang dan berehat, kesemua lelaki berkenaan kemudiannya turun mandi berdekatan Pantai Pasir Panjang (Long Beach) kira-kira pukul 3 petang," katanya. - Bernama




Tiada ulasan:

Catat Ulasan