SHAH ALAM: Dakwaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dia bersama lima rakannya warga Myanmar diculik dan dibawa lari sindiket dengan sebuah van putih dari Shah Alam ke Thailand untuk mengemis baru-baru ini adalah bohong yang direka remaja berkenaan.
Rahsia Nazatul Fadiyana Mohd Izwan, 14, atau dikenali Nana itu terbongkar selepas polis mengambil keterangan daripada remaja itu semalam.
Turut diambil keterangan, lima rakannya dipercayai warga Myanmar, Muhd Yunus Abdul Rahim, 17, Muhd Nur Abdul Rahim, 14, Abdul Aziz Nomalhakim, 14, Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata semua remaja Myanmar yang diambil keterangan turut mengakui mereka secara sukarela pergi berkumpulan ke Thailand untuk mengemis selepas dicadangkan sendiri oleh Nana.
Malah, katanya, ketika ditahan pihak berkuasa Thailand selepas lima minit berada dalam kereta api untuk pulang ke negara ini pada 11 Mac lalu, Nana juga dikatakan menipu pihak berkuasa negara itu dan wakil kedutaan negara ini, mereka diculik sindiket menggunakan van putih.
Menerusi keterangan dirakamkan termasuk lima remaja Myanmar, kami diberitahu Nana menghubungi semua rakan Myanmar itu pada 30 Januari untuk berjumpa di Shah Alam bagi tujuan mengemis.
Selepas bertemu, mereka secara berkumpulan seramai enam orang berkeliaran di sekitar Kompleks PKNS di Seksyen 14 dan mengaku merayau-rayau di kawasan itu sehingga ke awal pagi hari sama, katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam.
Zahedi berkata, keterangan diperoleh daripada semua remaja berkenaan mendapati, pada 31 Januari, kumpulan remaja terbabit diketuai Nana bertolak ke Kompleks Kota Raya di Kuala Lumpur, sebelum bergerak menaiki bas ke Seremban.
Di Seremban, mereka ditemui merayau jam 4 pagi dan pengawal keselamatan di stesen bas itu membuat laporan sebelum polis membawa semua remaja berkenaan termasuk Nana ke Balai Polis Seremban untuk diambil keterangan.
Ketika itu mereka mendakwa terpaksa ke Seremban konon melarikan diri daripada dua lelaki Myanmar dikenali Shah dan Shadiq yang memaksa mereka mengemis di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan remaja itu juga, termasuk Nana mengaku warga Myanmar untuk melepaskan diri, katanya.
Zahedi berkata, selepas dibebaskan dari Seremban, kumpulan remaja itu bergerak menaiki bas ke Kuala Lumpur dan membuat keputusan mengemis secara berkumpulan dan memperoleh RM400 dalam sehari, sebelum membeli tiket ke Rantau Panjang, Kelantan.
Pada malam berkenaan, berdasarkan keterangan kumpulan remaja itu, mereka menginap di hotel murah di Jalan Haji Taib, sebelum menaiki bas ke Rantau Panjang jam 8 pagi 2 Februari.
Mereka tiba di Rantau Panjang jam 6 petang dan menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok dan bermalam di rumah bapa saudara Muhd Nur. Jam 12 tengah hari, mereka bertolak ke Bangkok menaiki kereta api di gerabak paling belakang yang tidak dikenakan bayaran dan tiba di ibu negara Thailand itu keesokannya, jam 12 tengah hari, katanya.
Menjelaskan lagi pembohongan remaja berkenaan sehingga mencetuskan keresahan masyarakat berikutan dakwaan mereka diculik sebelum ini, Zahedi berkata, setiba di Bangkok kumpulan remaja itu termasuk Nana bekerja di tapak projek perumahan dengan bantuan bapa saudara seorang remaja berkenaan.
Katanya, ketika bekerja di situ kumpulan remaja berkenaan dibayar RM20 sehari tetapi hanya mampu bertahan 36 hari sebelum Muhd Nur mengajak mereka pulang semula ke Malaysia kerana terlalu merindui ibunya di negara ini.
Bagaimanapun, selepas lima minit berada di atas kereta api untuk pulang ke negara ini mereka dicekup pihak berkuasa negara jiran dan dalam keadaan tertekan, Nana dikatakan memperdayakan pegawai berkuasa negara itu dengan cerita rekaan kononnya mereka diculik sebuah sindiket mengemis.
Zahedi berkata, Nana yang ditahan di wad sebuah hospital, dibenarkan keluar petang semalam manakala lima remaja Myanmar itu masih ditahan reman 14 hari oleh pihak imigresen bagi proses menentukan kewarganegaraan.
Beliau juga mengesahkan polis akan merakam keterangan semua ibu bapa remaja Myanmar itu dan ibu bapa Nana hari ini (esok) bagi melengkapkan siasatan sebelum perbincangan pihak atasan polis dibuat untuk mengajukan kertas siasatan mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen
ashin
alahai.......memang banyak skrg ni bebudak lagi expert menipu, yg herannya ibu bapa mereka ni mcm tak tahu menjaga anak. Cuba lihat dikawasan bukit Bintang esp depan pintu Maybank Bukit Bintang tu berapa banyak pengemis..ada yang display perut lepas operation dgn kesan darah pada tissue,ada perempuan bawa bebudak kecik minta sedekah hingga jam 10malam.....disini patut jugak disalahkan Jabatan Kemasyarakatan ,,kenapa tak cekup mereka ni dan sumbat dlm penjara kasi hukuman yang membolihkan mereka berfikir kali kedua sama ada nak mengemis lagi atau duduk diam diam kat gumah........pada anak yg bernama nana tu kalau bolih Jabatan yg berkenaan jatuhkan hukuman penjara yg agak berat sebagai contoh so yg lain tak mahu buat lagi...
budak-budak buat begini harus dijatuhkan hukuman kerana berbohong apatah lagi dengan pihak polis dan menjadi pengajaran kepada remaja yang lain.
roslina ishak
Nak komen bab ni memang berat sebab semua ibubapa sayangkan anak-anak.Ibubapa sanggup korbankan kehidupan kerana anak-anak tetapi ada ibubapa yang lebih advance dari itu.Nak tanya mana ibu bapa nana ni...tak risau ke anak tak balik ke rumah kalau lebih dari waktu.contohnya kalau waktu maghrib...anak belum tunjukkan muka depan mata..apa yang ibu tu rasa..takut juga nak cakap sebab saya pun ada anak-anak tapi....
eleena
ooi..nana.. u buat apa di Thailand... U tau tak disana bisnes apa yg famous...baru umur 14thn.. sudah pandai tipu..
nana
rasa nak sekeh kepala nana.
pikiak-pikiak
Hangpa ni kalo dpt kat sindiket pelacuran kan baguih.padan muka.kecik2 lembu jaga,dh besaq sapi lak jaga
jee
Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...
pakdee75
maknanya mudah sgt dpt duit kalo mengemis kat malaysia ni...sehari 400 kita keje cam nk mati pon x dpt camtu huhu...
Jaludin Hj Basir
Hebat betul perancangan gadis tersebut... mcm buat filem plak. Tak mantap lagi laa
Jamil
Glamorla Kau Nana,Kcian Pembeli Paper Harihari Baca Psal Kes Mcm U all, Lari Dari Umah, Rogol, Tipu, Curi, Tip Yg Merugikan Negara, Maruah MakBapak, Langsung Tk Ada NilaiNilai Murni Dalam Diri huh Menyusahkan...
Demi DAMAI
inilah hasil daripada kebanjiran telemovie, filem dan drama TEMPATAN DAN IMPORT yang penuh dengan 'SANDIWARA', kisah CINTA YANG PELBAGAI dan elemen negatif, khurafat dan 'gangsterism' yang akhirnya berjaya mempengaruhi anak-anak remaja kita yang masih mentah, sewajarnya filem-filem sebegini ditapis sebelum disajikan kepada para penonton bagi mengelakkan pengaruh seperti ini, setelah perkara berlaku siapakah yang akan bertanggungjawab? nilai-nilai kemanusiaan sudah semakin terhakis dengan 'duniawi' yang penuh dengan 'cahaya yang mengasyikkan'....
jee
Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...
ummi rashad
la.... wat suspen je bebudak ni.... terror betul kelentongnya... bukan mak pak je kena temberang, pihak berkuasapun kena kantoi....
Sham
Benda ni IbuBapa adik nana ni da tak salah,benda perlukan kajiselidik oleh pihak berkuasa untuk tahu kenapa adik nana ni bertindak hingga ke tahap ini,ini bukan satu benda yang remah lg,perlukan tindakan kaunselling untuk adik nana,jangan sampai pisang berbuah dua kali.
Kak As
Budak-budak ni cerdik. mereka tau mengemis di Malaysia dapat byk duit. Rakyat Malaysia kan pemurah.Utk keselamatan, mereka bergerak secara berkumpulan bukan berseorangan. Budak-budak ni, kalau menipu polis tak apa, dimaafkan. Bawah umurlah dikatakan. Paling tidak masuk sekolah pemulihan. Ini semua bergantung kepada didikan ibubapa, agama selain pengaruh kawan. Mari Muhasabah diri.
w.shima
kalau la kena culik betul2 baru tau..ishh apa lah budak perempuan ni menyusahkan ibubapa
ida
hmm dah dihantar ke balai polis seremban, diambil keterangan, kemudian polis bebaskan kumpulan remaja 14 tahun
"warga myanmar" ni begitu sahaja? tak check dulu ke ada dokumen pengenalan diri? tak hubungi keluarga untuk ambil bawa pulang ke? atau
seperti yg pihak berkuasa di thailand buat iaitu hubungi pihak imigresen jika benar mereka dari myanmar. lepaskan begitu sahaja?
bila dijumpai di thailand, baru nak buat semua ni? something is not right. the whole story doesn't make sense.
anna
risau keadaan skg ni macam2 budak skg ni...
GRUTCH
Baru 14 tahun dah menipu mcm ni...cuba fikir kalau umur dah naik 20 - 30 tahun?? Memalukan..tapi kenapa perlu mengemis?? siapa ajar dia mengemis?? byk persoalan ni..
zura
npelah y sgup menipu?? memalukan jew.. klu lari ley jdi org kaya xpe gak,nh jd pengemis. malang sguh nsb ko nana..klu aku de adk cam ko,siap lew.
azhar
harap jadikan pengajran pada remaja lain, jangan menyusahkan ibubapa dan masayrakat seluruh malaysia.
norazah binti mohd salleh
moga apa yg terjadi ini menjadi pengajaran buat ibu bapa dan remaja lain, jgnla buat perkara yang memalukan diri, keluarga, masyarakat n negara. selama ini seluruh rakyat percaya apa yg di ceritakan di media, rupa-rupanya cite sebenarnye adalah sesuatu yg memalukan kita.....jd kanlah ia sebagai pengajaran, nnti kalau jd betul2 tiada siapa yg nak tolong........
asim
budak skrg ni buat perangai je tau...bila susah baru nak ngaku ada kuarga.
emmy
ape terok sgt la bdk ni..bru umo 14 tahun..da pandai menipu..ni bukan kes kecik..melibatkan negare taw..wt mlu malaysia je ade rakyat ca ni...mesti mak bapak ko x taw mane nak letak muke kan??..stu hari kalo jadi betul2..aku just nak cakap padan muke ko...~~~
hjh.eaisah
semuga ibu bapa prihatin tingkah laku anak2
aishah binti mohsin
kenapa perlu tipu ? apa motif anda? baru berusia 14 tahun dik, jgn buat perangai mcm ni,anda memalukan keluarga, mmbgktkan kemarahan rakyat bile dah tahu kisah anda yang sebenarnya ..
sekrang, ambil ni sebagai pengajaran, jangan ulangi kesalaahan yg sama, fokus to your study..
noor
Nana oh nana,Yusuf Haslam leh buat slot dlm gerak khas
Izan
kesian kat keluarga yg susah hati,berdoa agar dia selamat dan balik ke pangkuan mereka...akhirnya ini yang sebenarnya...
atim
inilah budak2 zaman teknologi, tak fikir ttg masa depan...jangan main2 dengan undang2..kang malu 1 kg, 1 daerah, 1 negeri dan 1 Malaysia..akhirnya MENYESAL!
rika
x silap mak dia yg ajar mintak sedekah. mmg keja dia mintak derma konon dr MAIS kat area shah alam tu. yg kata hantar ank dia kat stesen bas tu, silap2 hantar ank utk minta derma la tu.
pengemis berlesen
emm..da elok2 dduk senang dengan family,nk jadi pengemis pulak..musti beri hukuman pada diorang..sekurang2nya,denda melakukan kerja amal 365 hari..
Nilam Sari
Kalau kita perhatikan, Malaysia ni macam ada bermusim. Sekarang ni tengah musim remaja bawah umur pula dengan berbagai kenakalan mereka. Ada yang dakwa diculik, ada yang kata dirogol. Apapun, kesan langsungnya keluargalah yang terpaksa tanggung. Semoga keadaan ini akan cepat reda.
rosmiah SELAMAT
memang kelasss kau nana.........leh jadi ' pelakon' yang hebat!...malangnya dapat anak sebegini.....
jee
Remaja sekarang bawah umur dah pandai menipu dan mereka cerita kononnya diculik tetapi hakikatnya kehendak sendiri. mereka hanyalah sia-sia. Apa yang membimbangkan sekiranya ada kes yang betul-betul terjadi masyarakat tidak akan ambil peduli lagi seperti "pengembala kambing dengan harimau"...
hazlin shah
hurm baru 14 tahun, tapi dah pandai menipu... siap ada geng lagi tu..... kalau tak dibimbing sekarang lagi 10 tahun tak tahu la budak ni jadi siapa...
chad
berbakat besar...
makin besar mungkin langkahnya makin panjang...
annacomel
Terbukti nilai murni seolah2 tidak wujud di dalam masyarakat negara kita..mengapa di jepun semasa berlaku tsunami tidak berlaku kecurian sesama mereka walaupun sedang lapar? mengapa di malaysia sering berlaku penipuan,akan mengambil kesempatan ke atas oragn lain,mementingkan diri sendiri.Salah sistem pendidikan? atau pun salah masyarakat itu sendiri? ataupun salah ibu bapa? harap pakar ataupun pihak berwajid bertindak segera ..
Na O Mei
Bdk2 yg terlampau bijak membuat keputusan yang TERLALU BODOH. Dh teringin sgt ke jd warga Myanmar dgn mengemis di Bangkok. Berlumba2 org luar dtg sini nak mencari rezeki dia pulak sebaliknya...Apa nak jadi dgn bdk2 skrg. Dah puas mak bapak ajar bnda2 yg baik yang tak elok juga jadi pegangan mrk.
Oshin
sabar jer lar kepada ibubapa beliau. buat anak nana dan rakan2 yang lain kasihanilah ibubapa kamu.
nanatanjung....
urm...perkara bodoh yg penah didengar..teruk betul bdk2 zaman sekarang...
nurin
apa motif dia buat suma tu??? keje kat tapak projek perumahan cuma rm20,baik keje kat kedai mkn negara sendiri.gj lg besar,mkn minum free.org luar pon pandai dtg kerja sni.dia pulak g tmpt org,dpt lg murah
bella
nama cantik..mesti orang dia cantik tapi penipu..kesian ibu bapa dia..jangan ulang lagi perbuatan yang boleh jatuh kan maruah keluarga..k adik nana!!!!
lan
tkasih n tahniah pada pdrm kita yg cekap mengendalikan kes ini...syabas pdrm.semoga kecekapan pdrm disanjung masyarakat dan perkhidamata yang tuan/puan tunjukkan itu dirahmati oleh Allah.saya doakan pdrm dilindungi Allah dari sasaran org yg dengki. Kepada si penipu ni sedarlah tuhan akan melipatkan ganda dosa anda dgn cara hidup yg penuh penipuan.
zainunzainal
Anak remaja melayu sekarang terlalu teruk. Ramai dikalangan ibu bapa melayu yang tidak membenarkan anak2 mereka mencari bekerja pada cuti sekolah.Tapi saya yang banyak bekerja dengan remaja cina dan india...setiap cuti sekolah mereka bekerja mencari duit di stesen minyak, pasaraya, mekanik,restoran dan pemasangan air cond..jadi ibu bapa melayu haruslah biarkan bereka bekerja untuk dapatkan pengalaman dan mereka akan belajar menghargai betapa susahnya mencari duit dan sedikit sebanyak mengajar mereka lebih bertangungjawab dan mendewasakan mereka selain dari pengalaman yang mereka dapat.
Sawiyah Bt Futera
Jangan suka mereka-rekakan cerita. Kalau perkara ini benar-benar terjadi kat org lain tentu orang ramai beranggapan perkara tersebut pembohongan.
Aris
macam ada yang tak kena...
kenapa jd gini!?
Mohd Faisal Bin Abd Rashid
Ibu Bapa Nana harus memberikan pelajaran, kasih sayang dan didikan agama yang secukupnya kepada beliau...kerana beliau mempunyai otak yang sangat pintar....sayanglah kalau ianya di salah gunakan!!!!
acik aja
kesian kepada keluarga adik nana, biar apa pun masalah melanda bawalah berbincang dgn keluarga.Jangan cuba nak selesaikan sendiri dgn melarikan diri dgn cara menipu insaflah. Ibu telah mengandungkan kita selama 9 bln 10 hari sekarang senang-senang pula kita menghancurkan hatinya dgn berbuat perkara sedemikian taubat adik nana.
azril bin jamal ares
Tindakan mempermainkan kuasa polis seakan memberi impak kepada masyarakat kelak.
kambingurun
boleh buat filem. david teo mesti suka.
sayang c nana ni masih terlalu muda, sdh pandai menipu..apa lagi kalau sdh besar sedikit????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan