Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


20 NGO desak Pas nyata pendirian

Posted:

20 NGO desak Pas nyata pendirian

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


Sebahagian ahli pertubuhan bukan kerajaan yang berpakaian merah berhimpun secara aman bagi mendesak Pas menyatakan pendirian terhadap isu keselamatan Israel di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR 30 Mac - Lebih 100 wakil daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UMNO berhimpun secara aman di hadapan Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, di sini hari ini bagi mendesak parti itu menyatakan pendirian terhadap sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kerajaan Israel dan rejim Zionis itu baru-baru ini.

Perhimpunan secara aman kira-kira sejam itu bermula pukul 11 pagi.

Antara yang hadir ialah Pertubuhan Ikatan Perpaduan Malayu Gombak (IPMG), Persatuan Kerabat Diraja Kedah, Persatuan Veteran Tentera Melayu, Persatuan Bekas Anggota Risikan Malaysia (Baris), Kelab Merdeka Muda (Kemuda) serta ahli UMNO.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kecewa tindakan Guan Eng jual tapak masjid

Posted:

Kecewa tindakan Guan Eng jual tapak masjid


Mohd. Rizuad Mohd. Azudin (depan, dua dari kanan) mengetuai perhimpunan secara aman bagi mendesak Lim Guan Eng mengembalikan tapak masjid di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 30 Mac - Kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid di Bayan Mutiara, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun secara aman di hadapan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat untuk menyuarakan bantahan mereka.

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk, mereka melahirkan rasa marah dengan keputusan tersebut yang seolah-olah menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba mengganggu hak orang Islam.

Antara perkataan yang tertera pada kain rentang dan sepanduk ialah Serah balik tanah masjid, Selamatkan tapak masjid serta Kami mendesak tanah masjid Bayan Mutiara diwakafkan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan