Berita Harian: Mutakhir |
Ahli Parlimen Sabak Bernam dipenjara, denda Posted: 01 Mar 2012 02:28 AM PST [unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu tadbirnya membayar denda sebanyak RM400,000 setiap seorang bagi lapan pertuduhan yang disabitkan terhadap mereka. |
Bekas Menteri dituntut beri penjelasan beliau bukan boneka Anwar Posted: 01 Mar 2012 02:07 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menuntut penjelasan daripada bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, mengenai tuduhan beliau kononnya pengundi di kawasan Parlimen Kulim-Bandar Bharu mudah dibeli dengan wang.Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim berkata, bekas menteri itu memberi tanggapan kepada masyarakat di seluruh Malaysia bahawa pengundi di kawasan Parlimen itu bersifat mata duitan dan tidak mempunyai maruah. "Tan Sri Abdul Kadir perlu juga menjelaskan sama ada beliau telah menjadi 'news reader' atau pembaca skrip yang disediakan oleh (ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk menghancurkan UMNO dari dalam," katanya ketika dihubungi hari ini. Ruslan yang juga bekas Ketua Penerangan PKR itu, menuntut Kadir membuat penjelasan menyeluruh mengenai kenyataan yang dibuatnya pada Januari lalu kerana terdapat desas-desus bahawa beliau tidak berpuas hati dengan kerajaan.Katanya, ada yang mendakwa bahawa Kadir berasa kecewa dan hampa kerana beliau tidak dilantik sebagai Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru. "Janganlah waktu pegang jawatan dalam parti dan kerajaan semua yang Barisan Nasional buat baik dan betul, bila sudah tidak pegang jawatan semuanya tidak baik dan tidak betul...janganlah amalkan sikap habis madu, sepah dibuang," katanya lagi. Ruslan mengingatkan Kadir tentang pesanan orang-orang tua "jangan benci keterlaluan dan janganlah pula sayang yang keterlaluan," kerana mungkin pihak yang disayangi Kadir sekarang ini akan dibenci oleh beliau pada esok lusa.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan