Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pesta Air Tahun Melawat Kelantan

Posted:

Pesta Air Tahun Melawat Kelantan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Empat peserta beraksi dalam perlumbaan perahu motor pepeh.


KOTA BHARU 25 Mac – Hujan lebat sejak dari awal pagi tidak menghalang kira-kira 76 peserta bersaing dalam Pesta Air Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 yang diadakan di Lembah Sireh di sini, baru-baru ini.

Peserta yang kebanyakannya terdiri daripada penduduk di gugusan pulau di muara Sungai Kelantan, tetap bersemangat memeriahkan acara yang diadakan sempena pelancaran TMK 2012.

Meskipun kehadiran penonton agak mengecewakan ekoran faktor cuaca yang tidak menentu, namun program ini tetap diteruskan sebagaimana dirancang, bermula dengan peringkat saringan pukul 9.45 pagi.

Terdapat enam kategori pertandingan iaitu perahu 'motor galah', 'motor pepeh', bot laju 15cc, bot laju 15 kuasa kuda, bot laju 40 kuasa kuda dan kayuhan perahu kolek.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

21,177 sertai Skuad 1Malaysia

Posted:

21,177 sertai Skuad 1Malaysia

Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH utusanterengganu@terengganu.com.my


Abdul Mutalib Abdullah melepaskan peserta Program Kayuhan Bersama Anti Dadah Kebangsaan peringkat negeri di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 25 Mac - Seramai 21,177 sukarelawan di negeri ini mendaftar di bawah Skuad 1Malaysia kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu sehingga kini.

Pengarah AADK negeri, Abdul Mutalib Abdullah berkata, mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan latar kerjaya itu akan bekerjasama membantu pihak berkuasa menangani masalah dadah terutama dalam komuniti masing-masing.

Katanya, Skuad 1Malaysia yang ditubuhkan di seluruh negara itu akan didedahkan dengan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran untuk berperanan dalam komuniti.

''Penubuhan skuad ini juga bertujuan meningkatkan penglibatan anggota masyarakat supaya bersama-sama membanteras masalah dadah khususnya di kawasan yang dikenal pasti berisiko,'' katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

141 bekas sukarelawan polis terima RM423,000

Posted:

141 bekas sukarelawan polis terima RM423,000


Mohd. Kamal Zainal (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pejuang sukarelawan polis di Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 25 Mac - Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan peruntukkan berjumlah RM423,000 kepada 141 pejuang sukarelawan polis di daerah ini yang terlibat memperjuangkan negara daripada ancaman komunis antara tahun 1948 hingga 1962.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, setiap penerima yang sudah berusia lanjut dan tinggal di beberapa kampung di daerah ini, menerima cek bernilai RM3,000.

"Mereka telah menganggotai pelbagai pasukan keselamatan termasuk sebagai pengawal kampung dan pengawal hutan ketika negara diancam pengganas komunis. Jasa dan bakti mereka terhadap negara wajar dikenang," katanya kepada pemberita sempena Hari Polis peringkat daerah di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan