Sabtu, 31 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


MMS pelacur Timur Tengah

Posted: 30 Mar 2012 12:52 PM PDT

IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.

Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.


Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




‘Dia menangis nak pergi’

Posted: 30 Mar 2012 12:50 PM PDT

ALOR GAJAH: "Sejak semalam (kelmarin) Zulaikha asyik menangis seolah-olah tidak mahu berpisah dengan saya. Puas saya memujuknya kerana menyangka dia menangis kerana disuntik, rupanya dia hendak meninggalkan kami," kata Noradila Mohd Nor, 20, ibu bayi malang, Siti Zulaikha, yang mati dipercayai tersedak susu badan di rumahnya di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Difahamkan Noradila yang masih dalam pantang, terlelap ketika menyusukan bayinya yang baru berusia sebulan.

Apabila terjaga kira-kira jam 6 pagi, dia mendapati mulut Zulaikha berbuih manakala mukanya kebiruan.

Noradila kemudian menyentuh badan anak sulungnya itu yang disangka tidur tetapi tiada tindak balas sebelum memeriksa nadi.


Dia turut mengejutkan suaminya, Norman Bahran, 25.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan