Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Mawi, keluarga disamun 4 perompak bersenjata

Posted:

Mawi, keluarga disamun 4 perompak bersenjata


ASMAWI Ani atau Mawi menunjukkan tingkap yang diumpil perompak untuk memasuki banglonya di Bangi Golf Resort, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 26 Mac - Biarpun masih berpantang selepas sebulan melahirkan anak sulung, Ekin, isteri kepada artis popular, Asmawi Ani atau Mawi, 31, tetap menggagahkan diri untuk bangun membuka pintu kerana menyangka neneknya ditimpa kecemasan apabila mengetuk kuat pintu bilik tidurnya, awal pagi ini.

Sebaik sahaja pintu bilik dibuka, degupan jantung pelakon tersebut bagaikan terhenti seketika apabila melihat neneknya, Salmah Sahan, 77, sedang dipegang oleh tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Perompak kemudian terus meluru masuk ke dalam bilik mendapatkan suaminya, Mawi yang sedang tidur di atas tilam di lantai dan ibu Ekin, Fatimah Saad, 55, yang tidur di atas katil bersama bayi perempuannya, Cahaya Malaika yang baru berusia sebulan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Remaja dakwa diculik, tipu pihak berkuasa Thai

Posted:

Remaja dakwa diculik, tipu pihak berkuasa Thai

SHAH ALAM 26 Mac - Remaja perempuan yang diselamatkan Polis Thailand di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok pada 12 Mac lalu, sengaja mereka-reka cerita kononnya dia diculik sindiket pelacuran dan sedang melarikan diri daripada kumpulan penjenayah itu.

Nazatul Fardiana Mohd. Izwan, 14, atau Nana yang diselamatkan bersama lima remaja Myanmar mereka cerita itu ketika disoal pegawai Imigresen Thailand kerana takut diambil tindakan oleh pihak berkuasa negara itu selain bimbang dimarahi ibunya, Norazura Roski, 37.

Ini kerana Nana dan lima remaja Myanmar itu, Mohd. Yunus Abd. Rahim, 17; Mohd. Noor Abd. Rahim, 14; Abd. Aziz Norman Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janatbi Hussin, 14, masuk ke Thailand tanpa dokumen dan bekerja sebagai buruh binaan di Bangkok dengan gaji RM20 selama 36 hari sejak 4 Februari lalu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan