Kosmo Online - Negara |
Posted: Tukar segera akta lapuk Oleh SUHANA MD. YUSOP
KUALA LUMPUR – Banyak pihak di negara ini mahu Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dipinda memandangkan beberapa kesalahan serta bentuk hukuman yang terkandung dalam akta tersebut dianggap sudah tidak realistik dan tidak sesuai diguna pakai pada masa kini. Malah, bagi sesetengah daripada mereka, hukuman denda sebanyak RM25 yang dikenakan terhadap tiga wanita beragama Islam kerana berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu lalu dianggap tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainal Rijal Abu Bakar berkata, peruntukan undang-undang itu tidak realistik kerana kesalahan tersebut dianggap serius tetapi pesalah hanya dikenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum selama 14 hari. Menurut beliau, hukuman yang dikenakan itu tidak setimpal dengan kesalahan moral yang dilakukan bagi mengatasi masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang disifatkan semakin berleluasa pada masa ini. "Jika hukuman itu dijatuhkan bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran kepada pesalah, matlamat itu tidak dapat dicapai kerana denda yang dikenakan terlalu rendah. "Pesalah tidak akan mengambil serius kesalahan mereka dan berkemungkinan mengulangi kesalahan yang sama pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Rakyat myanmar dipertimbang jadi amah Posted: Rakyat myanmar dipertimbang jadi amahNAJIB berbual dengan komuniti ahli perniagaan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Myanmar di Pusat Konvensyen Myanmar di Naypyitaw semalam. NAYPYITAW (Myanmar) - Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengambil rakyat Myanmar berkhidmat sebagai pembantu rumah. Malaysia telah menyatakan pertimbangan tersebut kepada Myanmar pada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Myanmar yang berakhir semalam. Najib menyatakan kemungkinan untuk memberi peluang kepada rakyat Myanmar bekerja sebagai pembantu rumah kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatannya. Namun, katanya, perkara itu memerlukan rundingan lanjut antara kedua-dua negara tersebut. "Kita perlu perbincangan lanjut mengenai perkara ini, kita tidak tahu terma dan peraturannya. "Jika termanya dapat diterima, sudah pasti kita akan mempertimbangkannya," katanya. Najib berkata, Malaysia bersifat terbuka berhubung pengambilan rakyat Myanmar untuk berkhidmat sebagai pembantu rumah. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sungai Klang dinaik taraf Kelas 2 Posted: Sungai Klang dinaik taraf Kelas 2KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar kini sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan di Sungai Klang di sini bagi mencapai sasaran status kualiti air sungai Kelas 2, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas (gambar). Katanya, antara tindakan yang dibuat kementerian dalam kerja pembersihan itu adalah pemasangan kira-kira 300 perangkap sampah dan melakukan kajian terhadap kualiti air Sungai Klang dari semasa ke semasa. "Ia juga merupakan sebahagian daripada projek River of Life, sebuah projek permulaan yang dikenal pasti dalam Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur di bawah Program Transformasi Kerajaan. "Status Sungai Klang kini adalah Kelas 3, maka kementerian meminta semua pihak tidak membuang sampah dan sisa-sisa pepejal ke dalam sungai kerana ia akan mencemarkan lagi sungai berkenaan," katanya selepas merasmikan Makmal Kualiti Air dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan