Isnin, 26 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Perdaya: bekas lans koperal didenda RM7,000

Posted:

Perdaya: bekas lans koperal didenda RM7,000

Perdaya: bekas lans koperal didenda RM7,000

26/03/2012 7:33pm

SHAH ALAM – Seorang bekas anggota polis berpangkat lans koperal didenda RM7,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memperdayakan seorang peniaga.

Hakim Mat Ghani Abdullah juga memerintahkan Shaharudin Ibrahim membayar pampasan berjumlah RM20,000 kepada peniaga itu, Mohd Abdul Kahar Md Rani, 49, secara ansuran selama enam bulan dengan bayaran pertama berjumlah RM10,000 perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada 26 Jun ini.

Dia boleh dipenjarakan 20 bulan sekiranya gagal membayar pampasan itu.

Shaharudin, 46, dituduh memperdayakan peniaga itu untuk mempercayai bahawa dia boleh membebaskan adik ipar peniaga itu yang ditahan kerana dikatakan terbabit dalam samun bersenjata, di Stesen Minyak Projet, Batu 3 di sini, kira-kira pukul 2 petang pada 21 Februari 2005.

Mengikut fakta kes, pada 6 Januari 2005, adik ipar Mohd Abdul Kahar, Alzam Saad telah ditangkap untuk satu kes samun bersenjata dan susulan itu Mohd Abdul Kahar telah menghubungi tertuduh untuk meminta bantuannya melepaskan Alzam. – BERNAMA

Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia dilanjut

Posted:

Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia dilanjut

Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia dilanjut

26/03/2012 7:18pm

PUTRAJAYA – Tempoh sah laku Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini dilanjutkan sehingga 30 April ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang belum berkesempatan menggunakan baucar itu untuk berbuat demikian termasuklah pelajar yang diterima masuk ke institusi pengajian tinggi bagi sesi pengambilan kedua, awal tahun ini.

"Pelanjutan itu memberi peluang kepada pelajar yang telah diberi BB1M untuk menunaikannya bagi membeli buku dan bukan untuk mana-mana pihak mengemukakan permohonan tambahan atau baru.

"Baucar ini hanya layak untuk pelajar yang menyambung pelajaran sebelum 31 Mac sahaja dan tidak layak kepada yang masuk pada April," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kursi Akademik Luar Negara di sini hari ini.

Baucar buku bernilai RM200 itu diberikan kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar tingkatan enam sejak awal tahun ini seperti diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2012.

Sehubungan itu, Khaled berkata, semua kedai buku yang menyertai program ini dikehendaki menerima BB1M daripada pelajar walaupun sah laku yang dicetak pada setiap keping baucar hanya sehingga 31 Mac depan. – BERNAMA

Liwat: Dihukum penjara 21 tahun, 11 sebatan

Posted:

Liwat: Dihukum penjara 21 tahun, 11 sebatan

Liwat: Dihukum penjara 21 tahun, 11 sebatan

26/03/2012 7:05pm

GEORGETOWN – Seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dihukum penjara 21 tahun dan 11 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan melakukan seks luar tabii dengan dua budak lelaki di antara Oktober 2010 dan Mac 2011.

Hakim Mahkamah Sesyen, Sitarun Nisa Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas tertuduh Muhammad Mustakim Mohamad menukar pengakuan kepada mengaku bersalah ketika pendakwaan dilakukan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Muhammad Mustakim telah memaksa budak lelaki berusia 14 tahun supaya meletakkan zakarnya ke dalam mulut tertuduh pada 30 Mac 2010, pukul 5.30 petang, manakala tuduhan kedua, tertuduh memaksa budak lelaki itu melakukan perkara yang sama pada 7.15 petang, 13 Mac 2011.

Tuduhan ketiga pula tertuduh telah memaksa budak lelaki itu meletakkan zakarnya ke dalam dubur tertuduh pada 9.15 pagi 19 Mac, 2011, tuduhan keempat dan kelima tertuduh didakwa merangsang budak lelaki berusia sembilan tahun melakukan perbuatan tidak senonoh pada 11 malam 15 Oktober 2010 dan 3 petang pada 16 Mac 2011.

Sitarun kemudiannya memutuskan supaya tertuduh dihukum penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan untuk pertuduhan pertama hingga ketiga, manakala tiga tahun penjara dan satu sebatan untuk setiap kesalahan bagi pertuduhan keempat dan kelima.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula hari ini. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan