Jumaat, 30 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Selesai kes remaja di Thailand

Posted:

Selesai kes remaja di Thailand

Selesai kes remaja di Thailand

30/03/2012 8:18pm

SHAH ALAM - Kes remaja perempuan yang ditemui di Thailand dan mendakwa kononnya diculik telah selesai, kata polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan Mazlan Othman berkata, siasatan kes itu telah selesai dan polis kini menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.

"Kami telah serahkan remaja perempuan itu kepada ibunya dan kesemua lima remaja Myanmar kepada pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

"Mereka telah menerimanya dan semua sudah selesai," katanya di sini hari ini.

Remaja perempuan dan lima remaja Myanmar berusia antara 14 dan 17 tahun itu diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac lepas. - BERNAMA

Peniaga disamun lelaki bertopeng

Posted:

Peniaga disamun lelaki bertopeng

Peniaga disamun lelaki bertopeng

30/03/2012 7:37pm

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga kedai makan kerugian kira-kira RM100,000 apabila kediaman mereka di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu dipecah masuk awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi peniaga berkenaan bersama enam lagi anggota keluarganya yang lain sedang nyenyak tidur sebelum didatangi lima lelaki bersenjatakan pisau dan besi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, lima lelaki bertopeng itu memasuki rumah berkenaan melalui pintu hadapan dengan mengumpil kunci rumah itu.

Katanya, hasil siasatan awal dijalankan pihaknya percaya kelima-lima lelaki itu dipercayai warga asing berdasarkan maklumat mangsa.

"Kesemua mangsa yang berumur antara 56 hingga 23 tahun diikat menggunakan tali manakala anak perempuan mangsa yang masih berpantang bersama bayinya yang berusia tujuh hari tidak diikat. - BERNAMA

Bekas KSU MOSTI bebas tuduhan rasuah

Posted:

Bekas KSU MOSTI bebas tuduhan rasuah

Bekas KSU MOSTI bebas tuduhan rasuah

30/03/2012 6:38pm

SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Abdul Hanan Alang Endut hari ini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM59,390.60 tanpa dipanggil membela diri.

Hakim M.Bakri Abdul Majid membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Hanan, 60, yang didakwa menerima suapan-suapan itu di No 25, Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya dari 1 hingga 15 Disember 2008 dalam bentuk cek-cek kosong (tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan dana oleh Global Goodway (M) Sdn. Bhd.

Dia kemudian didakwa telah menunaikan cek-cek itu yang diterimanya dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran bagi tiga premis sebanyak RM1,542.60, cukai tanah di Mukim Sungai Raya sebanyak RM15 dan mendepositkan RM8,000 ke dalam akaun isterinya.

Abdul Hanan didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan