Harian Metro: Setempat |
Posted: 25 Mar 2012 09:58 AM PDT SHAH ALAM: Pembeli dinasihatkan tidak tertipu dengan komputer riba baru ditawarkan dengan harga murah kerana berkemungkinan tinggi menggunakan perisian cetak rompak. Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti.
Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.
"Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Hakcipta 1987 dan boleh didenda antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran perisian serta penjara sehingga lima tahun.
|
Inspektor tumpas sindiket curi lori terbesar diiktiraf Posted: 25 Mar 2012 09:56 AM PDT SHAH ALAM: Kejayaannya menyelesaikan kes sindiket curi lori terbesar di Selangor yang mencecah jutaan ringgit di Kampung Ayer Puteh, Simpang, Taiping, Perak, Februari lalu, melayakkan Inspektor Mohd Aster Mohamad, 34, menerima anugerah Surat Penghargaan Ketua Polis Negara dalam Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-205 Peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan, di sini, semalam. Mohd Aster berkata, dia tidak menyangka menerima penghargaan apabila menjalankan tugasnya kerana minat mendalam dalam bidang siasatan selain tanggungjawab yang dipikul selaku pegawai polis.
"Cabaran utama polis ketika menyelesaikan kes itu ialah suspek yang disoal siasat tidak mahu bekerjasama dan menyukarkan polis untuk mengumpul maklumat dan bukti.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan