Isnin, 26 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kes culik Nazatul hanya drama

Posted:

Kes culik Nazatul hanya drama

Kes culik Nazatul hanya drama

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

ZAHEDI menunjukkan gambar Nazatul Fardiana pada sidang media di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Remaja perempuan, Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar kecil) yang didakwa diculik ke Thailand sebenarnya merupakan perancang utama 'kes penculikannya' dengan mereka-reka situasi tersebut bagi membebaskan dirinya bersama lima lagi remaja warga Myanmar ketika ditahan oleh negara itu di Bangkok, 11 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, maklumat itu diperolehi berdasarkan keterangan konsisten daripada lima warga Myanmar tersebut yang dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan sejak Khamis minggu lalu.

Menurut Zahedi, lima warga Myanmar tersebut iaitu Muhd. Yunus Abdul Rahim, 17; Muhd. Nur Abdul Rahim, 14; Abdul Aziz Normal Hakim, 14; Ramzabi Hussin, 14, dan Janetbi Hussin, 14, memberitahu, Nazatul mencetuskan idea mengatakan mereka diculik ketika itu kerana tidak mahu dimarah oleh ibu mereka.

"Berdasarkan keterangan, kita dapati hubungan mereka akrab dan saya tidak nafikan mereka terlibat dalam kegiatan meminta sedekah di kawasan itu secara tidak sah dan hasil kegiatan itu digunakan untuk diri mereka sendiri.

"Walaupun berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa, misi adalah untuk melarikan diri daripada lelaki bernama Shah dan Sadiq, kita percaya kegiatan mengutip sedekah itu didalangi oleh mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

Zahedi turut menghuraikan kronologi perjalanan semua remaja itu dalam tempoh mereka 'hilang' ketika mereka ditemui merayau-rayau di Terminal 1, Seremban sebelum dibawa ke IPD Seremban, 31 Januari lalu dan ketika itu, Nazatul turut mengaku dirinya adalah warga Myanmar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mawi diikat, Ekin diacu pisau

Posted:

Mawi diikat, Ekin diacu pisau

Mawi diikat, Ekin diacu pisau

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


MAWI menunjukkan tangga aluminium yang digunakan empat perompak untuk memanjat tembok rumahnya di Bangi Golf Resort, Bangi, Kajang semalam.


BANGI – Penyanyi terkenal Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kerugian RM10,000 apabila banglonya dipecah masuk empat perompak Indonesia bersenjatakan parang serta pisau dalam kejadian yang mengambil masa selama 20 minit di Bangi Golf Resort di sini semalam.

Kejadian mencemaskan itu berlaku pada pukul 4 pagi ketika Mawi, isterinya, Nora'asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin; ibu mertuanya, Fatimah Saad, 55; neneknya, Salmah Sehan, 77; anak mereka, Cahaya Malaika dan seorang pembantu rumah sedang tidur di dalam banglo tersebut. Bagaimanapun, kesemua mereka tidak cedera.

Banglo tersebut mempunyai lima bilik.

Difahamkan, dua jam sebelum kejadian, Mawi baru tiba dari Johor Bahru untuk mempromosikan majlis Anugerah Bintang Popular yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mengimbau semula kejadian itu, Mawi memberitahu, dia terjaga selepas pintu biliknya diketuk kuat oleh perompak tersebut sebelum Ekin bangun untuk membuka pintu kerana menyangka Salmah yang berbuat demikian.

Katanya, apabila pintu dibuka, tiga daripada empat perompak yang memakai serba hitam dan bertopeng itu terus mengacukan pisau ke leher isterinya dan meminta barang kemas.

"Suspek kemudian menolak Ekin ke atas katil sebelum mengikat tangan dia dan ibu mertua saya menggunakan wayar pengecas telefon bimbit. Salah seorang suspek pula mengikat kaki dan tangan saya sebelum menutup muka saya dengan baju.

"Mereka kemudian mula menggeledah bilik sebelum melarikan rantai nenek, wang, serta empat buah telefon bimbit jenis BlackBerry dan Nokia yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000," cerita juara Akademi Fantasia musim ketiga itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia perlu bersedia guna teknologi nuklear

Posted:

Malaysia perlu bersedia guna teknologi nuklear

Malaysia perlu bersedia guna teknologi nuklear


MUHYIDDIN (kiri) disambut oleh pelajar dan rakyat Malaysia sebaik tiba di Seoul, Korea Selatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear semalam.


SEOUL - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia sedang menuju ke arah meluaskan penggunaan teknologi nuklear secara aman bagi penjanaan tenaga elektrik.

"Malaysia mahu memastikan penggunaan teknologi nuklear secara selamat, terjamin dan aman," katanya kepada wartawan Malaysia semasa menghadiri Sidang Kemuncak Nuklear selama dua hari di sini bermula semalam.

Muhyiddin berkata, segala persiapan ke arah itu perlu dibuat dengan mengambil kira bahawa satu hari nanti Malaysia tidak mempunyai pilihan apabila sumber minyak berkurangan dan harga minyak naik serta terpaksa beralih kepada sumber nuklear sebagai satu sumber menjana tenaga.

Menurut beliau, Malaysia bernasib baik kerana wujud sumber alternatif seperti solar, hidro dan angin yang belum dieksploitasi sepenuhnya.

Beliau berkata, pakar-pakar nuklear boleh memainkan peranan memberi penjelasan dan kesedaran mengenai teknologi nuklear malahan usaha itu boleh dimulakan di peringkat pelajar dan juga melalui program komuniti.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan