Utusan Online - Pahang |
- Penduduk mahu surau baru
- Perasmian Karnival, Tahun Melawat Jerantut meriah
- Program polis bersama rakyat perangi jenayah dapat sambutan
Posted: Penduduk mahu surau baruOleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM SHAARI Seman membantah cadangan merobohkan surau Kampung Lapang kecuali jika surau baru dibina di Kuantan, baru-baru ini. KUANTAN 25 Mac - Penduduk Kampung Lapang Besar menuntut pemaju membina sebuah surau baru bagi menggantikan surau sedia ada yang bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan komersial. Imam surau kampung berkenaan, Shaari Seman berkata, walaupun pada awalnya mereka membantah cadangan itu, namun setelah berbincang dengan wakil kerajaan negeri, pihak jawatankuasa bersetuju dengan rancangan pemaju itu sekiranya tuntutan mereka dapat dipenuhi. Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa surau berkenaan berkata, surau yang terletak berdekatan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini itu merupakan kemudahan bagi umat Islam yang bekerja di sekitar kawasan ini untuk menunaikan solat lima waktu. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Perasmian Karnival, Tahun Melawat Jerantut meriah Posted: Perasmian Karnival, Tahun Melawat Jerantut meriahSITI Nurhaliza membuat persembahan sempena perasmian Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012 di Padang Bola Sepak Jerantut, Pahang, malam kelmarin. JERANTUT 25 Mac - Lebih 10,000 pengunjung Karnival dan Tahun Melawat Jerantut 2012 sanggup berhujan semata-mata untuk menyaksikan persembahan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sempena perasmian karnival berkenaan di padang bola sepak Jerantut di sini malam semalam. Pengunjung yang membanjiri padang tersebut sejak pukul 8 malam terpaksa menanti hampir dua setengah jam sebelum kemunculan penyanyi popular tanah air itu di pentas ekoran hujan lebat. Setiausaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, majlis perasmian karnival berkenaan sepatutnya bermula pada pukul 9 malam, namun terpaksa ditangguhkan hampir satu jam kerana hujan lebat. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Program polis bersama rakyat perangi jenayah dapat sambutan Posted: Program polis bersama rakyat perangi jenayah dapat sambutanKUANTAN 25 Mac - Polis Pahang mengambil langkah proaktif untuk memerangi jenayah dengan mengadakan program polis bersama masyarakat memerangi jenayah di Dewan Taman Tas di sini baru-baru ini. Lebih 100 penduduk hadir dalam program itu untuk bertemu pegawai dan anggota polis bagi membincangkan masalah berkaitan pencegahan jenayah di kediaman mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pihaknya sangat berharap penduduk memberi kerjasama erat dalam usaha mewujudkan kawasan kediaman yang selamat serta selesa. "Selain itu, kami mahu anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) meningkatkan kerjasama dengan polis bagi membendung kegiatan jenayah seperti pecah rumah, curi, gaduh dan gejala sosial. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan