Isnin, 26 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Dedah bahaya dadah dari awal

Posted:

Dedah bahaya dadah dari awal

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


Petugas AADK (kiri) memberi penerangan mengenai dadah kepada murid-murid sempena Hari Antidadah di SK Felda Kota Gelanggi 1 di Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 26 Mac - Biarpun pelbagai kempen diadakan bagi memerangi gejala dadah di negara ini, namun usaha tersebut belum menampakkan hasil yang jelas kerana masalah penagihan dan pengedaran dadah masih bermaharajalela.

Slogan Dadah Musuh Negara seolah-olah tidak memberi kesan kepada pencinta bahan yang mengkhayalkan itu dan undang-undang sedia ada tidak sedikit pun digeruni oleh penagih dan pengedar dadah.

Bagi menyahut seruan Kementerian Pelajaran yang menyasarkan Sekolah Bebas Dadah 2012, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini mengadakan Hari Antidadah Peringkat Sekolah baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Program berjaya buka minda murid

Posted:

Program berjaya buka minda murid

JERANTUT 26 Mac - Kempen Antidadah yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kota Gelanggi 1 di sini berjaya membuka minda murid-murid mengenai bahaya bahan terlarang itu.

Penerangan dan pameran mengenai musuh nombor satu negara itu memberi kesan positif kepada mereka, sekali gus memupuk semangat bencikan gejala dadah sejak kecil lagi.

Seorang murid tahun enam, Mohd. Azim Harun Anuar, 12, berkata, Hari Anti Dadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah membolehkannya mengenali jenis-jenis dadah yang sering digunakan oleh penagih di seluruh dunia.

"Sebelum ini kami hanya mengetahui namanya sahaja tetapi hari ini kami dapat melihatnya dengan lebih dekat jenis dadah yang boleh merosakkan masyarakat di negara ini dan seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

MUIP sasar kutipan zakat RM90j

Posted:

MUIP sasar kutipan zakat RM90j

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIButusanktn@gmail.com

KUANTAN 26 Mac - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyasarkan kutipan zakat harta sebanyak RM90 juta pada tahun ini dengan sasaran seramai 65,000 pembayar zakat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, MUIP yakin mampu mencapai sasaran itu selepas mengutip zakat sebanyak RM82.7 juta pada tahun lalu.

"Kutipan zakat pada tahun lalu menunjukkan peningkatan 10.9 peratus berbanding RM74.6 juta pada 2010," titah baginda selepas majlis penyerahan zakat bernilai RM2.8 juta daripada lima syarikat korporat di Istana Abdul Aziz di sini hari ini.

Tengku Abdullah yang juga Yang Dipertua Muip menerima wang zakat daripada Lembaga Tabung Haji Pahang bernilai RM2.3 juta, Telekom Malaysia Berhad (RM160,977), Etiqa Takaful Berhad (RM131,214), MIDF Property Berhad (RM100,000) dan HSBC Amanah Takaful (RM50,000).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan