Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Peneroka sokong senaraikan Felda

Posted:

Peneroka sokong senaraikan Felda

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


MAT JIDI Yaakob (bertopi) mengetuai warga peneroka menurunkan tandatangan pada kain rentang bagi menzahirkan sokongan padu terhadap cadangan penyenaraian FGVH di Felda Sebertak, Bera, Pahang, baru-baru ini.


BERA 30 Mac – Warga Felda Gugusan Bera akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap usaha kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan melawat daerah ini esok.

Warga Felda Gugusan Bera yang berhimpun di Padang Awam Sebertak, di sini baru-baru ini turut menyifatkan tindakan lapan peneroka Jengka memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian FGVH tidak lama dahulu sebagai pengkhianat perjuangan Melayu kerana sanggup menjadi alat pembangkang.

Wakil peneroka berkenaan, Mat Jidi Yaakob berkata, perhimpunan di padang awam Felda Sebertak ini dihadiri pemimpin peneroka pelbagai peringkat yang menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri yang mencetuskan idea penyenaraian itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Soi Lek lancar jentera BN Parlimen Paya Besar

Posted:

Soi Lek lancar jentera BN Parlimen Paya Besar

KUANTAN 30 Mac - Walaupun tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) belum diumumkan, Barisan Nasional (BN) Parlimen Paya Besar mengorak langkah dengan mempersiapkan jentera lebih awal dalam usaha mengekalkan kemenangan cemerlang BN di Parlimen berkenaan.

Pengerusi BN Parlimen Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, secara umumnya BN tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan kemenangan 100 peratus di Parlimen itu yang turut merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Lembing, Panching dan Lepar.

Menurutnya, ini kerana ahli parti komponen BN di Parlimen itu berjumlah 27,290 orang iaitu melebihi separuh daripada jumlah pengundi berdaftar di Paya Besar yang keseluruhannya seramai 43,526 orang.

''Pengundi di Parlimen ini pula terdiri daripada 80 peratus Melayu, 16 peratus Cina, dua peratus India manakala lain-lain dua peratus.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

200 lawat KD Mahawangsa di Tanjung Gelang

Posted:

200 lawat KD Mahawangsa di Tanjung Gelang


SEBAHAGIAN tetamu melawat kapal perang pertama Malaysia, KD Mahawangsa di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.


KUANTAN 30 Mac – Kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan dan swasta melawat kapal perang pertama Malaysia, KD Mahawangsa yang menerima pengiktirafan cemerlang audit Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini baru-baru ini.

Lawatan itu diketuai oleh Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Ab. Rahim Yusoff.

Pada lawatan yang mengambil masa selama tiga jam itu, pelawat telah diberi taklimat berhubung perlaksanaan 5S dan dibawa melawat kapal tersebut.

Pegawai Memerintah KD Mahawangsa, Kapten Jamel Abd. Rahman berkata, Amalan 5S amat berbaloi dilaksanakan kerana berjaya mewujudkan suasana kerja yang lebih sistematik serta profesional.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan