Khamis, 29 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


20 tahun mohon lampu isyarat demi pelajar

Posted:

20 tahun mohon lampu isyarat demi pelajar

20 tahun mohon lampu isyarat demi pelajar

29/03/2012 7:19pm

JITRA — Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) diminta memasang lampu isyarat di Km 16.8 dan Km 18 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini demi keselamatan lebih 1,400 pelajar Sekolah Kebangsaan Hosba dan Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba yang melintas lebuh raya itu untuk ke sekolah mereka.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Hosba, Abdul Ghafar Yahya berkata, aliran trafik berhampiran kedua-dua sekolah itu yang terletak di tepi lebuh raya amat sibuk waktu pagi dan tengah hari pada hari sekolah.

Katanya, ketiadaan lampu isyarat untuk kemudahan pejalan kaki melintas jalan menyebabkan banyak kemalangan berlaku dan ramai ibu bapa bimbang kerana kenderaan yang melalui kawasan itu tidak memberi laluan kepada pelajar melintas.

"Saya harap LLM segera memasang lampu isyarat di dua tempat ini," kata Abdul Ghafar kepada pemberita selepas mengetuai hampir 100 orang dari 13 kampung mengadakan demonstrasi aman di hadapan SK Hosba bagi menuntut supaya lampu isyarat itu dipasang segera.

Sejak lebuh raya itu beroperasi pada 1991, lebih 20 kematian dilaporkan berlaku akibat kemalangan di kedua-dua lokasi itu.

Abdul Ghafar berkata alasan LLM enggan memasang lampu isyarat di kedua-dua tempat itu kerana ia adalah lebuh raya tidak boleh diterima.

— BERNAMA

6 sindiket tumpas, dadah RM10.63 juta dirampas

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR — Dalam tempoh seminggu, polis menumpaskan enam sindiket pengedaran dadah dan merampas 51.2 kg syabu dan 7,728 biji ecstasy bernilai RM10.63 juta dalam beberapa siri serbuan bermula 20 Mac lalu.

Edar dadah: 4 dihukum gantung

Posted:

Edar dadah: 4 dihukum gantung

Edar dadah: 4 dihukum gantung

29/03/2012 7:09pm

KUALA LUMPUR — Dua wanita Myanmar dan dua warga tempatan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya di akhir kes pembelaan berkata, kesemua tertuduh telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Sebaik sahaja hukuman dijatuhkan Ambiya Mohamad, 40, Arafah Abu, 30, Lim Siau Seng, 32 dan K. Vigneswaran, 27, menitiskan air mata dan memeluk ahli keluarga masing-masing yang cuba menenangkan mereka.

Mereka didakwa mengedar dadah seberat 212 gram, terdiri daripada 162.3 gram heroin dan 50.3 gram monoacetylmorphines.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di kawasan letak kereta, Jalan Manis 6, hadapan Maybank, Taman Segar, Cheras, lebih kurang 6.05 petang pada 3 April 2009.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan