Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Nallakaruppan tidak berganjak

Posted:

Nallakaruppan tidak berganjak

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


DARI kiri Ummi Hafilda Ali, Anuar Shaari, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Muhammad Shafee Abdullah, S. Nallakaruppan, Hasnal Rezua Merican, Zulkifli Noordin, Ng Lum Yong, Ruslan Kassim dan Zahid Md. Arip pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Mac - Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berpegang teguh dengan kenyataan beliau yang mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang biseksual sungguhpun menghadapi tindakan saman daripada Anwar.

Katanya, beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

"Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Ahli Parlimen boleh cabar kelayakan Ketua Pembangkang

Posted:

Ahli Parlimen boleh cabar kelayakan Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR 28 Mac - Mana-mana Ahli Parlimen berhak mengemukakan usul di Dewan Rakyat bagi mencabar kelayakan (impeach) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, berikutan pelbagai isu moral yang dihadapinya.

Pesuruhjaya Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu boleh dilakukan kerana jawatan Ketua Pembangkang yang disandang Anwar merupakan jawatan rasmi dan beliau memainkan peranan mustahak dalam sistem berparlimen.

Bagaimanapun, beliau mengakui usul seumpama itu tidak pernah dikemukakan di Parlimen.

"Ia wajar diperhatikan kerana selama ini pihak kerajaan sahaja yang menjadi tumpuan di Parlimen angkara sebarang tindakan disiplin tetapi kita lupa peranan pembangkang yang juga sama penting dalam sistem 'check and balance'.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

SPR: Daftar sebelum Ahad ini

Posted:

SPR: Daftar sebelum Ahad ini

PUTRAJAYA 28 Mac - Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.

"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya UMUM diadakan pada bulan Jun ke atas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan