Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Tanjung Bidara banyak tarikan

Posted:

Tanjung Bidara banyak tarikan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Pantai Tanjung Bidara sentiasa menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu untuk bersantai bersama keluarga. - UTUSAN/GAIE UCHEL


TANJUNG BIDARA 26 Mac - Strategi pembangunan oleh kerajaan negeri Melaka yang diterajui Barisan Nasional (BN) berupaya menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara terus berkembang pesat dan maju terutama dalam sektor pelancongan.

Sehubungan itu, tidak hairanlah Tanjung Bidara cukup sinonim sebagai pantai perkelahan terkenal di negeri ini yang menjadi tarikan pengunjung sejak dahulu hingga sekarang.

Pantai Tanjung Bidara yang terletak berdekatan Kem Terendak dan hanya 10 minit perjalanan dari bandar Masjid Tanah merupakan pantai perkelahan yang terkenal di kalangan pelancong.

Keadaan pantainya yang landai menghadap Selat Melaka menjadi persaingan utama pantai di Port Dickson yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Masjid Tanah.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kekalkan matlamat PKNNS - MB

Posted:

Kekalkan matlamat PKNNS - MB

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
utusanN9@utusan.com.my


MOHAMAD Hasan (tengah) bergambar bersama para penerima anugerah anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS), Seremban, semalam. - UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI


SEREMBAN 26 Mac - Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) perlu terus kekal sebagai pemudah cara yang membantu rakyat dalam pembangunan ekonomi di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, oleh kerana itu, ia tidak sepatutnya terlibat dalam perniagaan sehingga ke tahap pengusaha bumiputera terpaksa bersaing dengannya.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, tujuan asal penubuhan perbadanan itu ekoran daripada konvensyen ekonomi bumiputera pada tahun 70-an adalah sebagai pemudah cara bagi melahirkan seramai mungkin usahawan baru.

Katanya, matlamat penubuhannya tidak pernah menggariskan ia untuk berlumba-lumba mengaut keuntungan sehingga berjuta-juta ringgit dengan terlibat secara aktif dalam perniagaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Berdebat tidak akan selesaikan masalah rakyat - Mohd. Isa

Posted:

Berdebat tidak akan selesaikan masalah rakyat - Mohd. Isa

TELOK KEMANG 26 Mac - Taktik pembangkang yang sering mengajak pemimpin kerajaan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah rakyat sebaliknya menjadikan platform itu untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, perdebatan juga bukan jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.

"Kalau kita lihat sekarang ini mereka (pembangkang) asyik hendak berdebat tetapi pada saya ia langsung tidak mendatangkan faedah sebaliknya hanya membuang masa.

"Ini kerana apa yang kita cakap mereka tidak mahu terima, sebaliknya dibalas dengan cacian, maka apa guna kita berdebat," katanya di Port Dickson, baru-baru ini.

Jelas Mohd. Isa, pada hakikatnya pembangkang gemar mengajak pemimpin kerajaan berdebat semata-mata mendapatkan publisiti serta meraih sokongan murahan daripada masyarakat.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan