Rabu, 28 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Bantu Orang Asli ubah kehidupan

Posted:

Bantu Orang Asli ubah kehidupan

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Belia orang Asli yang terlibat dalam projek penternakan biri-biri Skim Agropolitan memberi makanan kepada biri-biri Dorper di Runchang, Pekan, Pahang. - UTUSAN/Mahathir Ali


PEKAN 28 Mac - Projek agropolitan merupakan sebuah projek sosioekonomi bersepadu yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Matlamatnya adalah untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat miskin tegar di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilaksanakan, para peserta projek dijangka mampu menjana pendapatan tetap di antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan.

Salah satu projek Agropolitan yang kini sedang dilaksanakan ialah projek pembiakan biri-biri Dorper di Pusat Agropolitan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Runchang di Pekan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Beri anak OKU pendidikan

Posted:

Beri anak OKU pendidikan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 28 Mac - Anak-anak yang tergolong dalam kategori orang kurang upaya (OKU) turut mempunyai hak untuk mendapat pendidikan sama seperti rakan mereka yang normal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, ibu bapa yang mempunyai anak OKU tidak boleh berasa malu sebaliknya mesti menghantar mereka ke sekolah pendidikan khas demi masa depan anak-anak tersebut.

Katanya, dengan pendidikan dan latihan, ramai kalangan OKU ini membuktikan mereka mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat yang normal.

"Ibu bapa yang mempunyai anak-anak OKU perlu memikirkan masa depan mereka dengan menghantar ke sekolah kerana sekarang ini sudah banyak sekolah pendidikan khas dan guru terlatih untuk mendidik pelajar ini dengan kaedah yang bersesuaian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kawat bela nasib anak Hulu Tembeling

Posted:

Kawat bela nasib anak Hulu Tembeling

JERANTUT 28 Mac - Anak-anak kelahiran Hulu Tembeling di sini bergabung di bawah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat).

Presiden Kawat, Wan Abdul Halim Wan Omar berkata, NGO itu menjadi perintis organisasi berdaftar yang menggabungkan anak-anak kelahiran kawasan tersebut sama ada yang tinggal jauh atau dekat.

"Hasrat Kawat adalah untuk memupuk persaudaraan dan salasilah kekeluargaan yang mungkin lupus dalam kalangan generasi hari ini.

"Kawat akan mendekatkan hubungan ahli yang kini sudah berdaftar seramai 2,000 orang untuk melaksanakan pelbagai kegiatan kebajikan sempena musim cuti persekolahan, perayaan dan majlis tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung pertama Kawat yang dihadiri oleh anak-anak Hulu Tembeling yang menetap di seluruh negara termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand di Rumah Rehat Bandar Jerantut di sini baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan