Rabu, 28 Mac 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dua maut dalam kemalangan kenderaan pelbagai guna

Posted: 28 Mar 2012 05:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Dua lelaki maut, manakala dua rakannya parah dan satu lagi cedera ringan selepas kenderaan pelbagai guna dinaiki mereka terbabas melanggar tiang lampu di Persiaran Selatan dari arah Dengkil ke Putrajaya berdekatan Taman Desa Pinggiran Putra di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam kira-kira 5 petang itu, kelima-lima mangsa yang dikatakan ahli jawatankuasa Pemuda Umno dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar Ketua Penerangan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang untuk mengerjakan umrah.



SPRM siasat semua kes dakwaan rasuah

Posted: 28 Mar 2012 03:38 AM PDT

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi jaminan semua kes membabitkan dakwaan rasuah akan disiasat, kata Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.

Beliau berkata selagi kes itu dalam lingkungan Akta Anti Rasuah 2009, ia akan disiasat tanpa rasa takut dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

Katanya siasatan tidak hanya terbatas kepada laporan rasmi yang dibuat tetapi suruhanjaya itu juga akan mengumpul dan menilai maklumat daripada saluran lain termasuk akhbar dan Internet bagi dakwaan rasuah.

"Kami akan siasat sebarang maklumat yang kami percaya bahawa kesalahan rasuah itu telah dilakukan. Kita mengalu-alukan sebarang aduan mengenai rasuah.


"Selain daripada rasuah, saya harap mereka akan merujuk kepada pihak berkuasa yang betul," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama



Tiada ulasan:

Catat Ulasan