Harian Metro: Mutakhir |
Polis Marin rampas 27,000 liter minyak diesel subsidi Posted: 27 Mar 2012 05:10 AM PDT PASIR PUTEH: Polis Marin Wilayah Tiga di sini mematahkan cubaan menyeludup 27,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM48,000 ke negara jiran awal pagi tadi. Komandernya, ACP Azmi Ibrahim berkata, lima lelaki, tiga daripadanya warga Thailand manakala dua lagi rakyat tempatan berumur lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan ketika cuba memindahkan minyak dari lori tangki kepada kapal tangki di pangkalan kecil, Tok Bali, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
"Rampasan ini merupakan kejayaan terbesar dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini," katanya kepada pemberita di pangkalan Polis Marin Tok Bali di sini. Beliau berkata ketika ditahan, sebanyak 13,000 liter sudahpun diisi ke dalam kapal berkenaan yang direka khas untuk tujuan pengisian minyak.
|
Cadangan benarkan pekerja sendiri carum di Perkeso dikaji Posted: 27 Mar 2012 04:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji cadangan untuk membolehkan mereka yang bekerja sendiri mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata timbalan menteri berkenaan Datuk Maznah Mazlan. Kementerian meneliti sama ada untuk menggubal undang-undang baru atau menambah baik akta sedia ada dengan memberikan penekanan kepada pekerja sendiri termasuk pemandu teksi persendirian dan suri rumah, katanya ketika menjawab soalan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat hari ini.
Kedua-dua wakil rakyat itu mencadangkan kepada kementerian itu untuk mengambil kira mereka yang bekerja sendiri termasuk pemandu teksi persendirian dan suri rumah sebagai pencarum Perkeso. Maznah berkata kementerian juga sedang menimbang untuk memberikan kuasa kepada Menteri Sumber Manusia bagi membolehkannya meningkatkan kadar Elaun Layanan Sentiasa.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan