Jumaat, 30 Mac 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Godam e-mel songlap duit

Posted: 29 Mar 2012 12:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Internet didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai 'African Scam' kini dikesan menggunakan modus operandi baru dengan menggodam e-mel syarikat penjual barangan antarabangsa bagi mencuri maklumat pelanggan perniagaan mereka sebelum digunakan untuk berurusan seperti syarikat asal.

Pelanggan berkenaan yang diperdaya diarah membuat bayaran pembelian dalam satu akaun baru menggunakan nama warga tempatan di Malaysia sebelum wang dibayar itu dikeluarkan dan dipindahkan pula ke akaun bank milik sindiket terbabit.

Taktik terbaru didalangi warga Nigeria itu tidak lagi menjadikan negara ini sebagai sasaran untuk mencari mangsa, tetapi lebih kepada pusat pengumpulan wang hasil penipuan syarikat dari seluruh dunia dengan menjadikan wanita tempatan sebagai 'keldai akaun'.

Difahamkan setakat ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah mengesan enam kes sejak Januari lalu membabitkan pelbagai syarikat antarabangsa, termasuk dari Itali, Amerika Syarikat (AS) dan Indonesia dengan anggaran kerugian bernilai jutaan ringgit.


Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket terbabit memintas e-mel syarikat perniagaan antarabangsa dengan mencuri maklumat aktiviti perniagaan antara syarikat penjual dan pembeli

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Jilat 3 penculik

Posted: 29 Mar 2012 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan mengalami detik hitam selama tiga jam selepas diculik sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu pelik mereka di sebuah bilik hotel di Balakong, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki menculiknya.

Malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.

Apa yang membimbangkan apabila mangsa mendakwa dia diugut kumpulan terbabit supaya 'menggantikan' rakan perempuannya untuk mereka jika enggan rakaman videonya itu disebarkan kepada umum sebelum dibebaskan.


Mangsa sudah membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas dinasihatkan keluarga dan pihak sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan