Jumaat, 30 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


'Jangan salah guna bantuan'

Posted:

'Jangan salah guna bantuan'

'Jangan salah guna bantuan'

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

NIBONG TEBAL 29 Mac - Ibu bapa dan murid dinasihatkan tidak menggunakan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan bantuan awal persekolahan untuk perkara tidak berkaitan dengan pelajaran.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, beliau dimaklumkan ada dalam kalangan mereka menggunakan bantuan berkenaan untuk perkara tiada kaitan dengan persekolahan anak-anak.

Menurutnya, tindakan berkenaan akan menyebabkan bantuan tersebut tidak menepati matlamat yang mahu dicapai oleh kerajaan.

"Bantuan seperti ini bertujuan meringankan beban ketua rumah tangga. Namun, terdapat maklum balas bahawa wang tersebut digunakan untuk tujuan yang tiada sangkut paut dengan persekolahan," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan bantuan KWAPM dan bantuan awal persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tasek Permai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tasek Permai, Simpang Ampat di sini semalam.

Seramai 224 murid dari kedua-dua sekolah berkenaan menerima bantuan KWAPM sebanyak RM200 seorang manakala 54 murid mendapat bantuan awal persekolahan RM100 pada majlis berkenaan.

Pada perkembangan berkaitan, Zainal Abidin memberitahu, kerajaan Pusat akan mula menyalurkan bantuan kepada Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) minggu depan yang melibat 10 buah.

Zambry sedia dedah bukti

Posted:

Zambry sedia dedah bukti

Zambry sedia dedah bukti

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

PARIT 29 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir (gambar) bersedia mendedahkan dokumen sulit kerajaan negeri bagi membuktikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut bersetuju dengan projek Vale di Teluk Rubiah.

Menurut beliau, tindakan itu diambil supaya Mohammad Nizar tidak terus membohongi rakyat, kononnya beliau tidak bersetuju dengan projek itu ketika pembangkang memerintah negeri ini sebaliknya mendakwa ia dimulakan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

''Kita perlu faham urusan secara rasmi berhubung proses secara formal sudah berlaku sejak zaman mereka (pembangkang) walaupun perbincangan awal dimulakan sebelum itu.

''Jadi, sekiranya perlu, kita akan mendedahkan dokumen penting kerana beliau (Mohammad Nizar) menabur satu fitnah cukup besar bahawa saya dan Exco kerajaan negeri yang terlibat, seolah-olah beliau tidak bersetuju langsung Vale berada di situ ketika menjadi Menteri Besar," katanya di sini semalam.

Dalam beberapa laporan akhbar sebelum ini, Mohammad Nizar mendakwa beliau tidak bersetuju projek pembinaan hab pengedaran bijih besi oleh syarikat Vale dari Brazil diwujudkan di Teluk Rubiah, Lumut semasa menjadi Menteri Besar.

Malah, beliau mendakwa menawarkan sebidang tanah milik kerajaan negeri di Tanjung Hantu secara percuma kepada Vale sebagai lokasi baharu pembinaan hab pengedaran bijih besi itu.

Zambry berkata, walaupun tidak menjadi amalan kerajaan negeri untuk mendedahkan dokumen sulit, tetapi ia mungkin terpaksa dilakukan bagi memperbetulkan semula persepsi rakyat yang terpengaruh dengan pembohongan pihak pembangkang.

''Kebiasaannya, kita tidak mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkannya. Orang ramai akan tahu perkara sebenar," katanya.

Mengenai dakwaan Mohammad Nizar bahawa Vale ditawarkan lokasi baharu di Tanjung Hantu semasa pentadbirannya, Zambry berkata, ia tidak benar sama sekali.

''Saya sendiri terkejut apabila membaca kenyataan beliau bahawa Vale tidak patut diwujudkan di Teluk Rubiah dan patut dipindahkan ke Teluk Hantu. Tidak ada pun cadangan untuk pindahkan Vale ke Tanjung Hantu.

''Dia berani membuat kenyataan seperti itu seolah-olah tidak ada orang yang boleh mengesahkannya. Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin, dia perlu bertanggungjawab dengan kenyataan yang hendak dikeluarkan sama ada ia benar atau tidak," katanya.

Mengulas tindakan sebuah pertubuhan yang mahu mengadakan demonstrasi membantah projek Vale pada esok, Menteri Besar berkata, ia jelas bermotifkan politik kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah dekat.

''Kita tahu siapa di belakang pertubuhan itu, mereka yang suatu ketika dahulu bercakap tentang pelaburan serta hendakkan itu dan ini. Atas sebab itu, saya cakap saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi semua orang tahu siapa mereka ini," katanya.

380 murid Bukit Gelugor terima bantuan awal

Posted:

380 murid Bukit Gelugor terima bantuan awal

380 murid Bukit Gelugor terima bantuan awal


Loh Nam Hooi (dua dari kanan) menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin kepada salah seorang murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 29 Mac - Seramai 380 murid di 17 sekolah rendah di kawasan Parlimen Bukit Gelugor di sini menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) baru-baru ini.

Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri Seri Delima, Loh Nam Hooi berkata, bantuan tersebut diberikan khusus kepada murid miskin bagi membendung golongan itu daripada keciciran seterusnya meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

"Bantuan ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu ibu bapa yang miskin yang mempunyai anak di bangku sekolah,," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan KWAPM di Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor di sini baru-baru ini.

Sementara itu, waris kepada tiga pelajar yang menerima bantuan KWAPM, Alias Bakar, 46, memberitahu, dia sangat terharu dengan bantuan yang dihulurkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia sedikit-sebanyak dapat meringankan beban yang dipikulnya selama ini.

"Saya gembira kerana bantuan ini dapat menampung kos perbelanjaan sekolah anak memandangkan saya kini hilang punca pendapatan selepas kilang tempat bekerja ditutup," ujarnya.

Sementara itu, ibu tunggal kepada empat anak, A. Christina, 44, berkata, dia melahirkan penghargaan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana prihatin dengan nasib rakyat tanpa mengira bangsa atau agama.

"Kerajaan memahami keperluan serta masalah rakyat malah kepimpinan Perdana Menteri juga begitu mengambil berat aspek pelajaran," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan