Berita Harian: Nasional |
Usia 9 hingga 22 tahun paling ramai hilang 2011 Posted: 27 Mar 2012 03:22 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan. Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula."Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga. "Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini," katanya. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenkucing kurangnya didikan agama antara keluarga ezan_unique semakin merisaukan ibu bapa masa kini |
Posted: 27 Mar 2012 03:19 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dicabar supaya menyaman mereka yang sejak kebelakangan ini secara terbuka membuat pendedahan dan dakwaan terhadap diri dan keluarganya.Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim, berkata Mohamed Azmin seharusnya berani tampil dan menjawab semua yang dibangkitkan oleh ramai pihak. "Banyak perkara didedahkan sejak kebelakangan ini dan ada blogger yang secara terang-terang menghentam pemimpin kanan PKR itu termasuk membangkitkan isu berkaitan keluarganya. Jika apa yang didedahkan itu tidak benar... mengapa Mohamed Azmin tidak menyaman mereka kerana budaya (saman) bukannya perkara baru bagi pemimpin pembangkang. "Mohamed Azmin harus jawab semua perkara itu dan bukannya mencari kesalahan dan mempertikaikan orang lain," katanya ketika dihubungi semalam.Kelmarin, Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mencabar Mohamed Azmin supaya menjelaskan butiran sumber kewangannya untuk membeli saham bernilai jutaan ringgit ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 daripada terus mencari kesalahan orang lain. Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa diminta segera berbuat demikian kerana ketika itu beliau hanya pegawai kerajaan biasa yang tidak mampu memiliki banyak wang untuk membeli saham bernilai berjuta-juta ringgit. Rabu lalu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, sejak beliau mendedahkan maklumat itu menerusi laporan polis pada 17 November 2009 sehingga sekarang, Mohamed Azmin masih gagal menjawab atau memberi penjelasan mengenainya.
"Seluruh rakyat sedang menunggu penjelasan Mohamed Azmin dan kita amat berharap pihak berkuasa memperjelaskan status siasatan berhubung isu berkenaan," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan