Khamis, 29 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Wujud kelas tingkatan enam

Posted:

Wujud kelas tingkatan enam

Saudara pengarang,
SARIF AZIB
Yang Dipertua PIBG SMKKK, Temerloh

SAYA mewakili Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krau, Temerloh memohon kerajaan mempertimbangkan mewujudkan kelas tingkatan enam di sekolah itu.

Permohonan ini dibuat memandangkan kebanyakan pelajar yang layak ke tingkatan enam terpaksa membatalkan niat mereka kerana perlu bersekolah di bandar Temerloh yang terletak jauh dari tempat mereka.

Walaupun terdapat asrama desa di sekolah terbabit, tetapi ia terhad dan tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai.

Keadaan ini menyebabkan ada pelajar terpaksa bangun seawal pukul enam pagi untuk menaiki bas di Kuala Krau dan ada bapa terpaksa berulang-alik menghantar anak ke sekolah kerana bimbang faktor keselamatan dan pulang pada lewat petang.

Difahamkan, pada setiap tahun, seramai, 50 pelajar layak ke tingkatan enam tetapi ramai daripada mereka memilih menyambung pelajaran ke kolej kerana masalah tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Baiki sistem letak kereta di Jalan Diwangsa

Posted:

Baiki sistem letak kereta di Jalan Diwangsa

Saudara pengarang,
PESARA PRIHATIN
Bandar Jerantut


Kedudukan parkir yang menegak mengganggu kenderaan di laluan sempit Jalan Diwangsa, Bandar Baru Jerantut, Pahang.


SAYA antara penghuni bandar Jerantut rasa terpanggil memberi pandangan kepada pihak berkuasa tempatan supaya membaiki sistem letak kereta di laluan sehala Jalan Diwangsa, Bandar Baru Jerantut.

Ini kerana garisan petak letak kereta yang baru dibina lebih tegak menampakkan bahagian belakang kenderaan terdedah keluar dan mengganggu lalu-lintas setiap kali kenderaan keluar masuk ke tempat itu.

Sudahlah laluan sehala ini sempit iaitu hanya untuk sebuah kenderaan, ditambah pula garisan petak letak kereta yang lebih tegak menimbulkan rasa kurang selesa pengguna melalui jalan berkenaan.

Senario ini mengundang kesesakan terutama apabila ada pemandu memberhentikan kenderaan sesuka hati ketika berurusan di premis berdekatan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Bina taman permainan di PPMR Desa Murni

Posted:

Bina taman permainan di PPMR Desa Murni

Saudara pengarang,
PENDUDUK PPMR DESA MURNI
Rompin


SEORANG penduduk menunjukkan tapak taman permainan yang boleh dibina di PPMR Desa Murni.


SAYA mewakili penduduk di Projek Perumahan Mesra Rakyat (PPMR) Desa Murni, Pontian di Rompin memohon pihak berwajib menyediakan sebuah taman permainan di kampung itu bagi membolehkan kanak-kanak bermain pada waktu siang.

Permintaan itu dibuat memandangkan ketiadaan taman permainan tersebut menyebabkan kanak-kanak di situ terpaksa bermain ke taman permainan lain di kampung berhampiran.

Kebanyakan penduduk di situ sering merungut apabila kawasan tersebut tiada kemudahan itu menyebabkan terdapat segelintir kanak-kanak bermain di kawasan parit dan paya yang boleh mendatangkan bahaya kepada mereka.

Sebelum ini sebuah tapak bersebelahan surau kampung itu dikenal pasti sebagai lokasi terbaik bagi membina sebuah taman permainan berikutan kedudukannya yang strategik dan menjadi tumpuan ramai.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan