Khamis, 29 Mac 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua mangsa lemas di Pulau Perhentian Besar dikenal pasti

Posted: 29 Mar 2012 03:39 AM PDT

Mutakhir

BESUT: Dua lelaki yang dipercayai lemas di perairan Pulau Perhentian Besar petang semalam sudah dikenal pasti iaitu Ahmad Salman Reza Mohd Zali dan rakannya Mohd Nazrolhaniff Sobani, kedua-duanya dari Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Zakaria berkata, Ahmad Salman Reza, 27, berasal dari Seksyen 10, Wangsa Maju dan Mohd Nazrolhaniff, 26, dari Taman Melati, Gombak, adalah pekerja sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dakwaan terdapat seorang pelancong asing yang turut lemas dalam kejadian itu tidak tepat kerana berdasarkan laporan penduduk tempatan, pelancong berkenaan berjaya diselamatkan oleh sebuah bot sejurus selepas kejadian itu. "Kumpulan lelaki berkenaan datang secara berkumpulan seramai 7 orang dikatakan datang bercuti melalui pakej Mohsin Chalet di Pulau Perhentian Besar selepas tiba kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Jeti Kuala Besut.

"Selepas menyimpan barang dan berehat, kesemua lelaki berkenaan kemudiannya turun mandi berdekatan Pantai Pasir Panjang (Long Beach) kira-kira jam 3 petang," katanya. - BERNAMA

Polis rampas RM10.63 juta dadah dalam seminggu

Posted: 29 Mar 2012 03:34 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dalam tempoh seminggu, polis menumpaskan enam sindiket pengedaran dadah dan merampas 51.2 kilogram syabu dan 7,728 biji ecstasy bernilai RM10.63 juta dalam beberapa siri serbuan bermula 20 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, berkata lima daripada enam kes terbabit membabitkan sindiket warga Afrika Barat yang menyeludup masuk dadah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dalam dua kes pertama, polis berjaya mematahkan kegiatan sindiket yang menyeludup masuk dadah bersama bungkusan barangan yang diisytiharkan sebagai alat ganti kenderaan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan