Sabtu, 31 Mac 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

Posted:

Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

Basikal: Firdaus ungguli ujian masa individu

31/03/2012 10:16pm

KANGAR — Pelumba pelapis kebangsaan, Mohd Firdaus Abdul Karim menjuarai acara ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Remaja Kebangsaan Sportexcel/MSN/MILO/PKBM/PBNPs bawah umur 17 dan 18 tahun, di sini hari ini.

Pelumba berusia 18 tahun itu mencatat masa 25 minit 53.65 saat bagi menamatkan jarak sejauh 18.4 kilometer untuk menyingkirkan pencabar terdekatnya dari Terengganu, Md Badrul Hakimi Hamid yang mencatat kepantasan 26:21.05s.

Seorang lagi pelumba Terengganu, Muhammad Nadzmi Zakari menduduki tempat ketiga acara itu dengan masa 26:25.07s.

Bagi acara ujian masa individu wanita berumur bawah 17 dan 18 tahun, pelumba Selangor, Nur Farah Ain Amran muncul juara dengan cartatan masa 29:36.15s mmanakala pelumba Melaka, Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi di tangga kedua dengan masa 31:00.44s.

Bagi acara ujian masa individu lelaki bawah 16, pelumba Melaka, Muhammad Naim Suardi muncul juara dengan catatan masa 27:15.97s manakala tempat kedua disandang pelumba Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Muhamad Hisyamudin bin Jaafar dengan masa 27:17.09s.

Pelumba pelapis kebangsaan Nur Jeha Iwani Roslan dari Kedah muncul juara ujian masa individu perempuan bawah 16 dengan mencatat masa 31:18.44s manakala pelumba Kuala Lumpur, Sean Wilsan (31:18.80) di tangga kedua.

Kejohanan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Kerajaan Negeri Perlis, Majlis Sukan Negeri Perlis, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis. — BERNAMA

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

Posted:

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

Skuasy Terbuka KL: Nicol lakar hatrik

31/03/2012 10:14pm



KUALA LUMPUR 31 MAC 2012: Nicol David mencium trofi kejohanan yang dimenangi setelah berjaya menewaskan pemain Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10 dan 11-9 pada Kejohanan CIMB Nicol David KL Open Squash di Berjaya Times Square, Jalan Imbi disini hari ini. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH


KUALA LUMPUR — Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia, Datuk Nicol David membuktikan kejaguhannya di hadapan peminat tempatan apabila merangkul Kejohanan Terbuka KL CIMB Nicol David buat kali kelapan di sini, hari ini.

Nicol, pemain pilihan utama dalam kejohanan yang baru dikitraf oleh Persatuan Skuasy Wanita (WSA) itu, mengetepikan pemain nombor satu Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10, 11-9 dalam masa 36 minit pada perlawanan akhir.

"Menjuarai gelaran ini buat kali kelapan begitu menakjubkan tetapi memenangi kejohanan menggunakan nama sendiri buat pertama kali amat berharga dan istimewa," kata Nicol selepas saingan di Berjaya Times Square di sini.

Tahun ini, Kumpulan CIMB selaku penaja utama, mengubah nama kejohanan itu sempena nama Nicol David sebagai menghargai sumbangan ratu skuasy itu kepada negara.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu membawa pulang hadiah wang tunai US$11,400 (RM34,906) serta piala manakala Annie menerima US$7,800 (RM23,883).

Selepas kejayaan di sini, Nicol akan menyertai Kejohanan Terbuka British dari 13 hingga 20 Mei ini dan tidak akan beraksi pada Kejohanan Berpasukan Asia yang dijadual dari 1 hingga 5 Mei di Kuwait.

"Tahun ini, kejohanan Asia terlalu dekat dengan Terbuka British dan malangnya saya terpaksa berundur kali ini. Saya yakin skuad Malaysia cukup mantap untuk memberi saingan kepada pasukan lain," katanya.

Sementara itu, pada aksi final lelaki, Omar Mossad dari Mesir mengalahkan Adrian Grant dari England 11-6, 12-10, 14-12, 11-6 dan 11-8 dalam tempoh 112 minit untuk meraih gelaran sulung dan kemenangan kedua tahun ini.

"Perlawanan ini memang sengit sekali mulai dari awal lagi. Ia sungguh memenatkan tetapi saya bangga dengan keadaan fizikal yang baik," kata Omar.

Beliau menerima hadiah wang tunai US$8,075 (RM24,725) serta piala manakala Grant, selaku naib juara, membawa pulang US$5,525 (RM16,917). — BERNAMA

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

Posted:

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

Piala Axiata: Leopards tumpas kepada Rajawali

31/03/2012 10:01pm

KUALA LUMPUR — Skuad badminton Malaysia Leopards seperti diduga gagal menandingi Indonesia Rajawali apabila kecundang 3-0 pada saingan pertama suku akhir Kejohanan Piala Axiata di Stadium Badminton Cheras, di sini hari ini.

Indonesia Rajawali mengutip mata pertama menerusi pemain ranking ke-16 dunia, Tommy Sugiarto yang mengalahkan Misbun Ramdan Misbun 21-17, 21-16.

Beregu pelapis Indonesia, Alvent Yulianto Chandra/Hendra Aprida Gunawan menyusul selepas itu untuk menambah mata kedua dengan mengatasi gandingan Teo Ee Yi/Nelson Heg Wei Keat 21-15, 22-20.

Impian negara untuk memperoleh sekurang-kurang satu mata tidak kesampaian apabila perseorangan kedua Leopards, Zulfadli Zulkifli kalah kepada Dynosius Hayum Rumbaka 11-21, 5-21.

Kekalahan skuad pelapis kebangsaan itu bagaimanapun tidak merisaukan jurulatih negara, Hendrawan yang menganggap skuad itu telah mencapai sasarannya untuk mara ke separuh akhir kejohanan.

"Apa yang penting daripada Piala Axiata adalah pendedahan. Di atas kertas, kita memang tidak berpeluang untuk mengalahkan mereka.

"Harap pemain muda kita boleh belajar daripada pengalaman ini," katanya selepas perlawanan itu. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan