Selasa, 27 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


RM3 juta bantu nelayan

Posted:

RM3 juta bantu nelayan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 26 Mac - Keputusan syarikat perlombongan Vale SA (Vale) untuk beroperasi di Teluk Rubiah, Lumut, menguntungkan penduduk setempat apabila syarikat itu memperuntukkan RM3 juta bagi melaksanakan beberapa program tanggungjawab sosial (CSR) untuk menambah pendapatan nelayan.

Peruntukan itu disalurkan bagi pelaksanaan pelbagai program pembangunan seperti projek mendalamkan laut, tukun tiruan, membina jeti nelayan, membina kilang ais serta memberikan biasiswa pelajaran kepada anak-anak nelayan.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, program berkenaan merupakan antara syarat yang ditetapkan kerajaan negeri sebelum menerima pelaburan syarikat itu.

"Semua program ini dilaksanakan segera dan program tukun tiruan sudah pun dimulakan. Ia akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perikanan negeri dan persatuan-persatuan nelayan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Atlet jangan 'gelap mata' - Raja Muda Perlis

Posted:

Atlet jangan 'gelap mata' - Raja Muda Perlis


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyampaikan piala kepada Rayzam Shah Wan Sofian dan Noor Amirah Mohd. Nafiah di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam kelmarin.


KANGAR 26 Mac - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan ahli sukan supaya tidak 'gelap mata' untuk memperoleh wang sehingga melibatkan diri dengan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan dadah sebagai jalan mudah bagi meraih kejayaan.

Titah baginda, sebaliknya tindakan tersebut melanggar etika atlet yang bukan sahaja merugikan diri sendiri, malah keluarga, masyarakat dan negara.

"Tindakan ini (rasuah dan penyalahgunaan dadah) sama sekali tidak bijak, malah untuk menjadi cemerlang, atlet bukan sahaja perlu gigih berlatih tetapi memiliki sifat penyabar, jujur, ikhlas, berdisiplin, bermoral dan mengamalkan kesukanan yang tinggi pada bila-bila masa," tambah baginda.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Peluang UMNO cukup cerah

Posted:

Peluang UMNO cukup cerah

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

PERMATANG PAUH 26 Mac - UMNO Bahagian Permatang Pauh mempunyai peluang untuk merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen ekoran reaksi positif penduduk terhadap kegiatan yang diadakan UMNO di kawasan itu.

Dua kerusi DUN ialah Penanti yang kini diwakili Datuk Mansor Othman daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Permatang Pasir, Datuk Salleh Man (Pas) dan Parlimen Permatang Pauh yang kini diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR).

Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, peluang tersebut cerah berikutan sokongan rakyat semakin meningkat sejak empat tahun lalu apabila UMNO sering turun padang mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.

Beliau berkata, daripada reaksi atau bahasa tubuh rakyat, mereka semakin yakin terhadap UMNO dan kita akan menentang habis-habisan calon pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan