Khamis, 1 Mac 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

Posted:

Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

Putrajaya, Bangi putus bekalan elektrik

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

STESEN pencawang TNB di Bandar Baru Bangi terbakar malam tadi menyebabkan bekalan elektrik terganggu di Bangi dan Putrajaya.


KUALA LUMPUR - Sebahagian besar kawasan di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya dekat sini bergelap kira-kira sejam semalam apabila sebuah pencawang elektrik di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Gangguan tersebut turut melibatkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana di Putrajaya.

Jurucakap Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika dihubungi memberitahu, bekalan elektrik di dua kawasan tersebut bagaimanapun dipulihkan semula secara berperingkat-peringkat mulai pukul 10.30 malam.

"Gangguan elektrik di kedua-dua kawasan tersebut bermula kira-kira pukul 9.20 malam tetapi bekalan elektrik mula disambung semula secara berperingkat-peringkat 50 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengguna dapat potongan 50%

Posted:

Pengguna dapat potongan 50%

Pengguna dapat potongan 50%


PENGGUNA Lebuh Raya Cheras-Kajang pasti lega dengan pemotongan kadar tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa malam tadi.


KAJANG - Kira-kira 120,000 pengguna Lebuh Raya Cheras-Kajang kini boleh menarik nafas lega apabila Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) mengumumkan pengurangan bayaran tol sebanyak 50 peratus berkuat kuasa tengah malam tadi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan membuat keputusan tersebut bertujuan membantu mengurangkan beban kewangan pengguna yang melalui jalan tersebut setiap hari.

Lebuh Raya Cheras-Kajang yang dikendalikan oleh syarikat konsesi Grand Saga Sdn. Bhd. mempunyai dua plaza tol masing-masing di Plaza Tol Batu 9 dengan kadar bayaran RM1 dan Plaza Tol Batu 11 (90 sen).

Bagaimanapun, Najib mengumumkan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, dimansuhkan berkuat kuasa tengah malam tadi.

"Keputusan kerajaan ini akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Peningkatan kutipan LHDN luar biasa - PM

Posted:

Peningkatan kutipan LHDN luar biasa - PM

Peningkatan kutipan LHDN luar biasa - PM


NAJIB (dua dari kiri) mendengar penerangan Mohd. Shukor (tiga dari kanan) mengenai bangunan ibu pejabat baharu LHDN di Cyberjaya semalam.


CYBERJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lalu hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya merupakan satu pencapaian luar biasa.

Perdana Menteri berkata, kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lalu bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tetapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.

Katanya, ia juga akan memberi keyakinan pelabur terhadap pasaran dalam negara selepas menilai kaedah pengurusan ekonomi negara kerana dalam era global kini, faktor pasaran global adalah sesuatu yang amat penting.

"Kalau tidak ada keyakinan terhadap kita, rating Malaysia akan merudum," katanya semasa berucap merasmikan Menara Hasil LHDN di Cyberjaya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan