Utusan Online - Kota |
Posted: Padang terbiar, rugikan beliaOleh RASMI ABDULLAH TIga gelanggang sukan di Kampung Bandar yang kini terbiar dan rosak teruk di Kuala Langat, Selangor. - UTUSAN/RASMI ABDULLAH KUALA LANGAT 1 Mac - Uzur dan terbiar adalah ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan keadaan padang bola, padang futsal dan padang serba guna di Kampung Bandar di sini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ketiga-tiga padang itu sudah 'dipanjat' lumut dan lalang selain banyak kemudahan fizikalnya rosak dan tidak sesuai digunakan lagi. Apa yang menjadi persoalan, mengapa pihak berwajib membiarkan keadaan itu berlaku dan kemudahan yang sepatutnya dapat dinikmati oleh golongan belia di daerah ini tidak dijaga dan diselenggarakan dengan baik. Pengerusi Kelab Belia Warisan Kampung Bandar, Hasyim Hanafiah, 45, berkata, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri di kampung terbabit seolah-olah tidak mengambil tahu keadaan ketiga-tiga padang yang sepatutnya boleh digunakan oleh golongan belia untuk beriadah. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Putrajaya, Bangi bergelap 2 jam Posted: Putrajaya, Bangi bergelap 2 jamPENCAWANG Tenaga Nasional Berhad di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi yang terbakar dan meletup menjadi punca beberapa kawasan di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi terputus bekalan elektrik malam tadi. PUTRAJAYA 1 Mac - Kira-kira 10,000 penduduk di sini dan Bandar Baru Bangi terpaksa bergelap selama hampir dua jam apabila bekalan elektrik di kawasan kediaman mereka terputus bermula pukul 9.15 malam tadi. Bekalan itu terputus dipercayai berpunca daripada kebakaran transformer di sebuah stesen pencawang kecil Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bandar Baru Bangi yang membekalkan elektrik di kedua-dua kawasan itu. Antara kawasan yang terjejas adalah kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sri Satria. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Posted: Beri mereka masa, peluangOleh NUR NAZLINA NADZARI KUALA LUMPUR 1 Mac - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berharap orang ramai dapat memberi sedikit masa dan peluang kepada kontraktor kutipan sampah yang baru dilantik berkuat kuasa hari ini, melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob berkata, sepanjang tempoh awal peralihan itu, mungkin akan berlaku sedikit masalah dan diharapkan orang ramai dapat bersabar dan bersama-sama dengan MPAJ untuk menjadikan pengurusan sampah berjalan dengan baik. "Kita telah melantik sebanyak 47 kontraktor untuk kerja pembersihan bagi 48 kawasan dan 36 kontraktor kutipan sampah pepejal bagi 36 kawasan. "Terdapat satu kawasan lagi yang belum dilantik kontraktor pembersihan kerana tender yang diterima tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki, namun ia akan dilantik tidak lama lagi," katanya di sini semalam. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan