Utusan Online - Rencana |
Posted: Tamatkan pergeseran dalamanOleh Zulkiflee Bakar DALAM Pilihan Raya Umum 2008, Barisan Nasional (BN) Kedah bukan sahaja kehilangan kekuasaan negeri berkenaan tetapi juga menghadapi tamparan hebat apabila beberapa kerusi Parlimen yang dianggap kubu kuat parti itu ditawan pembangkang. BN rebah di kerusi Parlimen Merbok, Sungai Petani, Baling dan Kulim-Bandar Bahru, selain 'tersungkur' di Parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah, Jerai dan Sik. Kekalahan itu dianggap sesuatu yang memeritkan kerana Merbok, Kulim-Bandar Bharu, Baling dan Sungai Petani jatuh ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala Baling dikuasai oleh Pas. Di atas kertas cabaran BN untuk merampas kerusi-kerusi berkenaan dalam pilihan raya umum akan datang memang nampak sukar tetapi ia bukanlah mustahil. Untuk rekod bagi Parlimen Merbok, PKR memenangi dengan majoriti 3,098 undi, Sungai Petani (9,381 undi), Baling (7,613 undi) dan Kulim-Bandar Bharu (5,583 undi). ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
Pencabulan terhadap tazkiyyah kerohanian Posted: Pencabulan terhadap tazkiyyah kerohanianSiti Shamsiah Md. Supi DARI orientasi konsepsinya ibadah ini bermaksud 'kunjungan', manakala dari sudut syarak pula ia bermakna kunjungan ke Baitullah al-Haram di Mekah dengan tujuan mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat-syarat tertentu. Seruan mengerjakan haji termaktub sebagai salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh individu Muslim. Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 97 yang memberi maksud bahawa ibadah haji itu merupakan kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang berkemampuan melakukan perjalanan ke Baitullah. Allah SWT juga menegaskan, mana-mana individu yang sengaja mengingkarinya, Allah tidak sedikit pun terkesan dengan sikap orang sebegini kerana Allah itu Tuhan Yang Maha Kaya, Yang tidak memerlukan sesuatu dari seluruh alam. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini untuk berita penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan