Utusan Online - Dalam Negeri |
- 6 pesakit terima sumbangan
- Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang
- 60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utiliti
Posted: 6 pesakit terima sumbanganKUALA LUMPUR 30 Nov. – Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa melawat Karnival Kesihatan Sekretariat Kebajian, Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Timbalan Presiden UMNO itu yang hadir bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman kemudian menyampaikan bantuan kepada enam pesakit termasuk warga emas yang menderita penyakit buah pinggang dan angin ahmar. Pesakit tersebut adalah Mohd. Aimi Mohd. Bukhari, 34, yang menderita penyakit buah pinggang; Mohamed Razali Abdul Karim, 67, (angin ahmar); Saamah Saad, 53, (kanser payu dara); Mohd. Nor Abdul Hamid, 64, (kencing manis); Mohd. Supie Ismail, 57, (kencing manis) dan Maarif Mabol, 50 (buah pinggang). Setiap pesakit tersebut menerima sumbangan RM100 daripada Yayasan Angin Ahmar Melaka dan sumbangan iringan. |
Noramfaizul terima Anugerah Kesatria Terbilang Posted: Noramfaizul terima Anugerah Kesatria TerbilangKUALA LUMPUR 30 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor melalui Anugerah Kesatria Terbilang sempena Persidangan Perwakilan pergerakan itu di sini hari ini. Allahyarham yang terkorban sebagai wira ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lalu, adalah penerima kedua anugerah tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2009. Anugerah disampaikan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada isteri Allahyarham, Norazrina Jaafar, 37, sebelum bermulanya persidangan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Suasana hiba menyelubungi dewan ketika klip video mengenai Noramfaizul dimainkan sehingga meruntun perasaan para perwakilan manakala ibu bapa Allahyarham, Mohd. Nor Yassin, 66, dan Naemah Abdul Majid, 63, yang turut hadir, dilihat menutup muka tidak dapat menahan kesedihan. Keadaan dewan senyap seketika apabila para perwakilan bertafakur dan membacakan al-Fatihah untuk Allahyarham. Noramfaizul, 39, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda terbunuh akibat terkena tembakan curi ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan semasa menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di negara bergolak itu. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam, Abdul Samad Dawood pula menerima Anugerah Khas Pemuda sebagai menghargai keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak yang dibawa arus deras sungai dalam satu insiden Jun lalu. Sempena pemberian anugerah itu, Abdul Samad, 36, yang juga bapa kepada tiga anak, menerima penghormatan pemakaian tengkolok daripada Khairy sambil diberi sanjungan berdiri (standing ovation) oleh para perwakilan. Full content generated by Get Full RSS. |
60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utiliti Posted: 60% jalan rosak berpunca kerja korek syarikat utilitiAhmad Fuad Ismail kelihatan serius mempersoalkan artikel laporan khas yang ditulis oleh wartawan Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 30 Nov. - Lebih 60 peratus kerosakan jalan yang banyak berlaku di bandar raya Kuala Lumpur dikenal pasti berpunca daripada kerja-kerja pengorekan oleh syarikat utiliti bagi tujuan pemasangan kabel bawah tanah. Mendedahkan perkara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, kerja-kerja pengorekan tanpa penurapan yang baik boleh mengakibatkan jalan menjadi mendap, beralun dan berlubang. Bagi mengelak keadaan itu terus berlaku, jelasnya, syarikat-syarikat utiliti berkenaan seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB), Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Telekom dan syarikat telekomunikasi lain disaran menggunakan teknologi Horizontal Directional Drilling (HDD) bagi tujuan pemasangan kabel tanpa mengorek jalan. ''Bagaimanapun penggunaan teknologi ini memakan kos tinggi sehingga tiga kali ganda daripada biasa. ''Hanya Syarikat Gas Malaysia Berhad yang mengaplikasikan teknologi ini bagi mengurangkan kerosakan jalan akibat kerja-kerja pengorekan yang dijalankan,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Laporan Khas akhbar ini dua hari lalu mendedahkan masalah jalan rosak, berlubang dan tidak berkualiti di sekitar ibu kota terus berlaku tanpa ada kesudahan. Kerja penurapan jalan juga tidak ubah seperti kain perca apabila jalan ditampal tidak sempurna dan kelihatan daif. Ahmad Fuad bagaimanapun kecewa dengan laporan terbabit apabila menafikan gambar-gambar jalan rosak yang disiarkan adalah bukan di Kuala Lumpur. ''Saya akui bahawa jalan-jalan di Kuala Lumpur banyak rosak dan perlu dibaiki. Tetapi saya tengok (melalui gambar yang disiarkan) ada di antara jalan dan tempat letak kereta bukan milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). ''Kalau tulis berita tidak betul adalah fitnah,'' tegasnya. Mengulas lanjut, Ahmad Fuad berkata, kebanyakan kerja-kerja pengorekan dibuat tanpa pengetahuan dan pemberitahuan kerana ia dijalankan pada waktu malam. Katanya, biarpun segala syarat dan garis panduan ditetapkan kepada pihak mereka, namun ia sekadar 'di atas kertas'. Ini kerana, katanya, di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, kesalahan mengorek jalan tanpa kelulusan atau tidak menurap kembali jalan dengan baik hanya akan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. ''Kita tidak boleh halang mereka untuk mengorek jalan bagi pemasangan kabel kerana kita tidak mahu dipersalahkan pula oleh orang ramai akibat tidak dapat bekalan air atau elektrik kerana DBKL tidak benarkan mengorek jalan. ''Sebab itu kita berharap sangat mereka dapat menggunakan teknologi HDD biarpun membuat bayaran deposit untuk kerja penurapan,'' katanya. Dalam pada itu, Ahmad Fuad menjelaskan, antara punca lain yang turut menyumbang kepada kerosakan jalan adalah disebabkan tumpahan minyak diesel dan konkrit selain aktiviti pembangunan di sekitarnya. ''Sepanjang tahun ini sebanyak 37 jalan utama telah siap dibaik pulih dan diturap semula, 10 jalan utama dalam pelaksanaan dan dua jalan utama dalam proses pelantikan kontraktor,'' katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan