Harian Metro: Setempat |
Posted: 02 Dec 2011 12:26 PM PST KAJANG: Bandar Kajang lumpuh apabila ditenggelami air melebihi satu meter menyebabkan puluhan kenderaan tenggelam dan premis perniagaan dimasuki air selepas hujan lebat selama dua jam bermula jam 2.30 petang semalam. Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, beberapa kawasan penempatan turut ditenggelami air yang dikatakan melanda secara mendadak bermula jam 3.30 petang menyebabkan sembilan penduduk Kampung Jalan Kelapa terpaksa dipindahkan. Antara kawasan lain yang turut terbabit Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kampung Sungai Kantan dan Jalan Sungai Jelok.
"Lima orang termasuk tiga warga emas yang terperangkap di dalam rumah di Kampung Sungai Kantan berjaya dikeluarkan manakala empat orang lagi termasuk dua wanita diselamatkan di kawasan Kampung Jalan Kelapa.
|
Posted: 02 Dec 2011 12:18 PM PST ALOR SETAR: Taktik seorang calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendakwa meminjam motosikal rakannya tidak menjadi apabila dia dicekup dalam operasi bersepadu di persimpangan Masjid Aman, Jalan Kuala Kedah, di sini, malam kelmarin kerana memiliki motosikal curi. Difahamkan, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu dipercayai baru mencuri motosikal Honda di Jalan Stadium, di sini, jam 9 malam sebelum ditahan polis dua jam selepas itu.
"Pelajar itu teragak-agak dan gagal memberitahu nama kawannya yang memberikan dia pinjam motosikal itu. Apabila disoal berkali-kali, barulah dia beritahu baru lepas mencuri motosikal itu di Jalan Stadium jam 9 malam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan