Harian Metro: Mutakhir |
Susu bayi Enfamil keluaran AS tak diimport ke negara ini Posted: 23 Dec 2011 04:55 AM PST PUTRAJAYA: Susu rumusan bayi jenama Enfamil keluaran sebuah syarikat dari Amerika Syarikat yang dilaporkan menyebabkan kematian seorang bayi di negara itu didapati tidak diimport ke negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata perkara itu disahkan dari hasil maklum balas syarikat Mead Jhonson Malaysia dan menerusi Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).
Bayi dari Missouri itu mati disyaki berpunca daripada pengambilan produk tersebut yang dicemari bakteria Cronobacter yang mengakibatkan produk terbabit ditarik dari pasaran di Amerika Syarikat. Dalam satu kenyataan, Dr Hasan berkata bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di bawah FoSIM terhadap produk itu sekiranya ia didapati diimport ke negara ini.
Full content generated by Get Full RSS. |
Pegawai Kastam Melaka cedera ditembak Posted: 23 Dec 2011 04:53 AM PST MELAKA: Seorang pegawai bahagian penguatkuasa Kastam Diraja (KDRM) Melaka cedera ditembak empat lelaki di hadapan rumahnya di Taman Tanjung Minyak, Sungai Air Hitam di sini hari ini. Pegawai Kastam Tinggi, Rosli Aziz cedera pada bahu dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu.
Beliau dilaporkan terkena dua daripada lima tembakan yang dilepaskan kumpulan tersebut. Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye berkata para suspek dikatakan menunggu mangsa di luar pagar rumahnya sebelum menembak mangsa dan melarikan diri selepas mangsa cuba membalas tembakan tersebut.
Chuah berkata polis tidak menolak kemungkinan jenayah tersebut dilakukan atas motif dendam kerana tugas mangsa yang mematahkan aktiviti penyeludupan. "Kita percaya mungkin ada yang tidak berpuas hati dengannya dan cuba bertindak membunuhnya selepas rumahnya pernah dibaling dengan molotov cocktail sebelum ini," katanya. Pengarah KDRM Melaka, Datuk Mohd Nasir Said yang melawat Rosli percaya serangan tersebut dibuat sebagai uhutan dari penyeludup atau kumpulan sindiket yang marah dengan tindakan kastam menangkap anggota kumpulan mereka. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan