Harian Metro: Mutakhir |
Mangsa banjir di Kerian meningkat Posted: 03 Dec 2011 01:16 AM PST IPOH: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang semalam. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.
Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah, kata ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata kampung-kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan kampung Parit Ayer Hitam. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
Budak 4 tahun maut ditimpa pokok kelapa ditebang jiran Posted: 03 Dec 2011 01:13 AM PST BESUT: Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di Kampung Gong Dasar, Jabi, dekat sini petang semalam. Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian
Rogayah, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok sedang tumbang. "Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain segera mencarinya di celahan daun kelapa. "Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah," kata ibu kepada lapan anak itu. - Bernama Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan