Khamis, 22 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


'Pelajar kena manfaat peluang'

Posted: 22 Dec 2011 03:41 PM PST

Nasional

NAJIB  dan Ismail beramah mesra dengan  wakili pelajar  selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia, di Koperasi Kedai Buku UM, semalam.

NAJIB dan Ismail beramah mesra dengan wakili pelajar selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia, di Koperasi Kedai Buku UM, semalam.

Najib mahu graduan pelbagaikan ilmu, raih pengalaman jadi pemimpin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengingatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), khususnya Universiti Malaya (UM), di sini supaya memanfaatkan peluang menjejakkan kaki di menara gading untuk menimba sebanyak mungkin ilmu, selain meraih pengalaman menjadi pemimpin.

Perdana Menteri mahu mereka menjadikan tempoh pengajian sebagai landasan untuk memiliki ilmu dalam pelbagai bidang, selain mengasah bakat kepemimpinan dalam organisasi yang bakal memberikan manfaat selepas meninggalkan alam pengajian. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM, Mohd Syahid Mohd Zaini, berkata aspek berkenaan dinyatakan Perdana Menteri bagi memastikan penuntut IPTA bukan setakat memiliki ilmu ketika menghabiskan antara tiga hingga lima tahun di IPTA, malah mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara selepas memasuki alam pekerjaan.

"Perdana Menteri mahu kami memberikan tumpuan kepada pengajian sambil tidak mengabaikan aspek menimba pengalaman dalam menganjurkan pelbagai aktiviti dalam kampus," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui selepas menikmati minum petang Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) bersama Najib di Kompleks Perdana Siswa UM, di sini.

Najib menghabiskan kira-kira setengah jam beramah mesra dengan Mohd Syahid dan 12 Presiden Kolej UM selepas melakukan tinjauan mesra di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Koperasi Kedai Buku UM.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin.
Mohd Syahid berkata, MPP UM juga mencadangkan supaya MR1M dan KR1M diperluas ke 12 kolej kediaman dan 16 fakulti di kampus berkenaan bagi memberi peluang kepada lebih ramai penuntut menikmati makanan dan barangan pada harga rendah.

Sementara itu, Ismail berkata, kementerian berkenaan bercadang memperluas KR1M dan MR1M di seluruh 17 IPTA di seluruh negara menjelang awal tahun depan bagi meringankan beban penuntut IPTA menanggung kos sara hidup.

"Penuntut adalah golongan tidak berpendapatan. Kos sara hidup menggugat perbelanjaan mereka. Kita rancang buka KR1M dan MR1M di seluruh IPTA.

"UM universiti pertama yang membuka KR1M dan MR1M. Ia akan diperluas ke kolej kediaman dan fakulti.

Bagaimanapun, penuntut IPTA tidak memerlukan 250 barangan KR1M. Mungkin di sini hanya perlu 100 lebih barangan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini ada 187 kedai di seluruh negara yang menyediakan produk KR1M, sejajar hasrat kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan barangan berkenaan dinikmati rakyat, terutama yang berpendapatan rendah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yangretibase

Pelajar harus memiliki pendirian positif yang kental dan tidak sekali-kali mampu diganggu-gugat oleh pihak yang mengada-ada.


Full content generated by Get Full RSS.

JPA, CUEPACS berunding hari ini

Posted: 22 Dec 2011 03:40 PM PST

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengadakan rundingan hari ini bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini.

Difahamkan, perbincangan itu akan menentukan sama ada SBPA ditangguhkan ke satu tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak atau sebaliknya.

JPA dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini petang semalam mengesahkan perbincangan itu akan diadakan hari ini.

"Berikutan terlalu banyak pertanyaan diterima mengenai status pelaksanaan SBPA, adalah dimaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti ditetapkan.
"JPA bersama CUEPACS akan mengadakan perbincangan esok (Jumaat) bagi membincangkan isu dibangkitkan CUEPACS," kata kenyataan itu.

Sebelum itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, serta beberapa pegawai kesatuan sekerja yang mewakili kira-kira 1,4 juta penjawat awam mengadakan pertemuan kira-kira 45 minit dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Pejabat Perdana Menteri, di sini, berhubung isu sama.
Bercakap pada sidang media di Serdang selepas pertemuan itu, Omar berkata Perdana Menteri mengarahkan diadakan perundingan segera bagi menyelesaikan isu itu.

"Rundingan berkenaan antara lain adalah CUEPACS dan JPA menentukan sama ada pelaksanaan SBPA diteruskan mulai 1 Januari depan atau satu tarikh baru akan ditetapkan.

"Perdana Menteri berharap semua pertikaian dan kekeliruan berhubungan SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin dengan persetujuan kedua-dua pihak sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan," katanya.

Berikutan itu, Omar berkata beliau akan mengetuai delegasi CUEPACS untuk mengadakan pertemuan dengan wakil JPA di sini, hari ini (Jumaat) bagi menyelesaikan isu pelaksanaan SBPA.

Sementara itu, Pemuda UMNO berharap rundingan antara JPA dan CUEPACS hari ini dapat menyelesaikan isu SBPA di samping menjamin keadilan serta ketelusan buat 1.4 penjawat awam seluruh negara.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata rundingan terbabit dapat memastikan keadilan dan ketelusan dalam SBPA serta semua persoalan dibangkitkan dapat diselesaikan.

"Saya berharap rundingan dilaksanakan dengan berhemah agar isu dibangkitkan dapat diselesaikan segera bagi menepati sasaran dan iltizam kerajaan untuk membina warga kerja awam cekap, produktif serta mampu merealisasikan perancangan transformasi negara," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

salampb

Harap JPA dan CUEPACS berbincanglah dengan penuh kebijaksanaan demi kebajikan golongan berpendapatan rendah dalam perkhidmatan awam. Tak guna kalau berakhir dengan kakitangan rendah dok makan sisa je walaupun dah 3 kali sistem/skim berubah sejak merdeka 54 tahun lalu.....terima kasih PM.

yie

sokong dengan pandangan nurul. mintak-mintak pertimbangkan dan adililah nasib kami (gred n17) yang seringkali terabai

hafidz

Bagus.perbicangan secara konsensus..baru dpt kata sepakat..lgpun ia adalah penting,untuk dpt penjelas yg lebih detail baru sign aggrement baharu.bila semua kakitangan awam dah dah jelas smuanya barulah ia blh dilaksanakan.

fardlie

Bknnya nk dengki sesama penjawat awam, cuma merasakan sedikit ketidakadilan dlm pelaksanaannya.Contohnya mcm sy di Gred N17 yg mana tangga gaji di P2 T5 dlm SSM apabila pemindahan gaji ke SBPA iaitu sistem gaji sebaris, gaji sy akan sama dgn mereka yg gaji di P1 T5 iaitu penjawat awam yg tidak lulus PTK atau yg x pernah dpt anjakan gaji sblm ni dlm SSM. So, x adil la pada yg dh lulus PTK ni,kalau yg x lulus pun bleh sama. sedangkan kami yg dh lulus ni xde kelebihan langsung padahal kamitelah berusaha untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan sehingga berjaya dpt aras 4 serta anjakan gaji.Mintak diberi kelebihan la pada kami yg telah berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan kompetensi diri dlm perkhidmatan awam ni.Cuba kalau anda Encik Penjawat Awam berada dlm situasi mcm kami, kecewa x?..jgn mudah melemparkan tuduhan mcm tu..

mangkereng

Kenapa gaji askar di peringkat bawahan naik sikit tetapi pegawai atasan naik banyak..sedangkan peringkat bawahan ni la yg dok buatsemua kerja pihak atasan tahu nak siap jer...hampeh tol

Norman

Setiap jabatan awam adalah 1 pasukan. Tanpa orang bawahan takde lah ketua jabatan. Pelarasan JGS perlulah selaras dan adil kepada semua dari atas sampai bawah.

swasta

saya berpandangan lebih baik SBPA xperlu dilaksanakan dan kembali kepada SSM kerana penjawat awam tidak menyokong kepada perubahan/penambahbaikan dalam kerajaan. Jika perkara ini terjadi diswasta, semua yang dicadangkan amat baik, kerana diswasta apabila kpi tidak dicapai pintu keluar amat terbuka luas, oleh itu bersyukurlah wahai penjawat awam kerana anda masih dilindungi kerajaan

sharifah rozaini

kalau boleh kenaikan gaji tu pada pekerja yabg bergaji rendah sahaja.yang memerlukan kewangan.

zul

harap ia dapat diselesaikan dengan baik.SBPA hendaklah diteruskan pada 1 Januari...kalau tangguh mesti diselesaikan dengan cepat...tidak boleh tertangguh lama.. masalah sifir gaji dan pengiraannya perlu mudah difahami dan harap tak wujud gaji pegawai junior lebih dari senior bagi kelayakan dan jawatan yang sama..itu yang tak adil

harry teo

Presiden cuepacs, selalu saja nak sibukkan tentang isu jpa.beliau sering sja suruh kerajaan ubah itu,ubah ini tentang pekeliling yang ditetapkan oleh jpa,mengikut kehendaknya sendiri dan kepentingannya.Contoh minta adakan jpa penilaian PTK,bila sudah dilaksana,tiba-tiba beliau adakan mesyuarat khas untuk mansuhkan penilaian ptk yg beliau gubal dan cetuskan.Bila beliau nak pencen sdh,tpi masih bernafsu nak kekal jawatan,dia minta jpa lanjutkan lgi usia bersara sampai 60 tahun.Lepas tu tuntut lgi kenaikan gji,bila jpa cipta sistem baru kenaikan gaji SBPA,last minit untuk dilaksanakan bulan depan,beliau buat lagi kecoh tak elok lah,beliau tak puas hati,kerana nak ikut nafsu nya saja. kalau boleh semua pekeliling dlm jpa mesti ikut seleranya dan kalau tak sesuai lagi dengan kehendaknya dia sesuka tukar lagi.Nampaknya beliau ini gila kuasa dan tiba masa beliau letak saja jawatan dlm cuepacs.

Nik Samsudin Mamat

Perlaksanaan SBPA menyebabkan wujud satu lagi puak penentang kerajaan dikalangan 1.4 juta penjawat awam kerana tidak puas hati dengan kenaikan gaji dari tangga gaji T di SSM ke tanggagaji T di SBPA yang dinikmati dibawah RM 10, tetapi ada pula yang menikmati kenaikan melebihi RM 100. Ada keadaan dimana orang lama dan orang baru telah jadi sama tangga gaji. Sepatutnya JPA menilai semula Perkara 33 dalam Pekeliling Bil 11 Tahun 2011.

Azman Mokhtar

Untuk "Penjawat Awam" kalau tak faham jgnlah menuduh sebarangan tunggulah keputusan..hidup Cuepacs

dms

saya sokong cadangan cuepacs supaya berbincanga dengan jpa supaya adil saya harap gaji yang rendah di utamakan sebab harga barang naik

dms

saya sokong cadangan cuepacs supaya berbincanga dengan jpa supaya adil saya harap gaji yang rendah di utamakan sebab harga barang naik

kite

komen utk 'penjawat awam': sila rujuk tangga gaji dan teliti betul2. SBPA memang x adil, jusa kenaikkan 81% tapi yang berjawatn rendah paling kurang hanya RM 80...ADILKAH? memang la CUEPACS dah berbincang. seolah2 JPA ade agenda tersendiri..semua nya RAHSIA..

azan al haq

baguslah...teruskanlah perbincangan secara positif.skim ini dilihat tidak terlalu menyebelahi penjawat awam pun.sebab ia lebih terdedah kepada budaya 'kipas bos'.so eloklah cari alternatif lain yang lebih baik.siapa sebenarnya yang draf skim ini.nampak sgt terlalu tergopoh gapah.

Rayani Ray

Salam 1 Malaysia, Kita sebagai penjawat awam, bukan pasal dengki mendengki, Ini hal masa depan. Jika semua nak di exit , lama kelamaan dah tak ada penjawat awam yang bekerja dan apa akan jadi kepada keluarga yang berpendapatan rendah jika kena exit, apa nak bagi makan anak2, keluarga dan nak bayar hutang piutang... Manusia ni tak lari daripada hutang terutama penjawat awam.. Perbincangan ni ada baiknya daripada di laksanakan dengan kelam kabut dan akhirnya menjadi punca masalah.. Anjakan gaji juga amat besar beza jurangnya..ada kenaikan hanya rm100 dan ada pula yang naik hingga rm1000 atau lebih.. Oleh itu, Semoga JPA dan CUEPACS dapat mencari penyelesaian yang setimpal untuk semua penjawat awam.. Ini soal masa depan anak2 malaysia yang baru nak memandang dunia, jika ibu bapa di exit dari Jabatan, siapa yang akan menanggung mereka, kerajaan sanggupkah menyara anak2 yang ibubapa nya di exit ni kelak ? Fikir-fikirkan lah.. Sistem SKT tu tak berapa adil biasanya.. Bagi yang pernah mengalaminya, tentu akan faham semua sistem ni..

ABDUL MANAF BOHARI

Saya harap perlaksanaan SBPA agar melihat isu tertunggak sebelum ini iaitu PTK. Ada kakitangan awam yang dapat aras 4 dan prestasi cemerlang PTK sebelum ini, tetapi 'tidak sempat' mendapat anjakan gaji kerana koata. Jadi, mereka ini perlu mendapat perhatian kerana jika tiada pembelaan ia boleh menyebabkan mereka tidak percaya SBPA. Misalnya, jika ada kakitangan yang memperolehi markah 99% utk tahun tertentu, adakah jaminan ianya automatik memperolehi kenaikan 15%? Kenaikan gaji dalam SBPA ini saya fikir ada koata. Perkara ini perlu diperhalusi agar perkara sama tidak berulang iaitu dapat markah prestasi tinggi tetapi tiada kenaikan gaji.

putraputri

Elok lah tu di tangguhkan dahulu sebab banyak sangat pro dan kontra dari berbagai pihak....apa yang penting Akta Exit itu benar-benar menakutkan semua orang sedangkan semua nak naik gaji....dengan penggunaan markah SKT itu memang tidak adil walhal JPA sedia tahu selama ini sistem bodek bos sudah lama diamalkan disemua jabatan kerajaan....itu yang sebenarnya yg ditakuti semua orang kerana kami semua memikirkan masa depan anak-anak yang perlukan wang untuk berbagai kegunaan kelak.....

Penjawat Awam

Tak faham kenapa Cuepacs nak mintak tangguh..kenapa mesti tak puas hati dgn apa yg krajaan bagi..kita sesama penjawat awam ni, sepatutnyer,tak perlulah ada rasa dengki sesama kita,lebih baik kita bandingkan apa yg kita dpt skrg dgn sblm ni, drpd bandingkan apa yg kita dpt dgn org lain dpt..apa saja kerajaan bagi, tak puas hati..kalau swasta, dah lama Alhamdullillah tau,tak kena VSS pon Alhamdullillah tau..kita guna KPI 70% tu nak perbaiki sektor awam,supaya lebih bermotivasi bekerja,takderla org luar ckp,org krajaan ni mkn gaji buta jer..Cuepacs x mewakili penjawat awam keseluruhannya

zaha

baguslah kalau macam itu perbincangan bersama antara jpa dan cuepacs dapat menyelesaikan masalah yang ada untuk kepentingan kaki tangan awam.

SANI AWANG ALI

Sememangnya apa juga isu haruslah dibawa ke meja perundingan bagi mendapatkan satu keputusan yang muktamad.

Nurul

Harap JPA pertimbangkan kenaikan gaji melalui SPBA kerana kenaikan tersebut tidak setimpal dengan kelayakan pendidikan.Persoalan disini kenapa gred 1 gaji lebih daripada gred 17??..

s3d

semoga beroleh kata sepakat yg murni demi keutamaan kpd rakyat dan keberhasilan percayaan

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan