Ahad, 4 Disember 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


BN tekad teruskan rekod baik

Posted: 04 Dec 2011 01:36 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN   bersama Pheng memegang kaligrafi  Cina  membawa makna kasih sayang  pada  majlis makan malam ulang tahun ke-20 Hua Zong dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur, malam tadi.

MUHYIDDIN bersama Pheng memegang kaligrafi Cina membawa makna kasih sayang pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Hua Zong dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur, malam tadi.

Muhyiddin ajak pertubuhan Cina bersama pelihara keamanan negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tekad meneruskan rekod baik yang dipegang selama ini dalam memelihara keamanan dan kestabilan negara menerusi kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia termasuk perkongsian kuasa politik dan kerjasama dalam bidang ekonomi yang menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara. Katanya, kerajaan juga komited untuk terus menjaga kepentingan semua kaum tanpa mengetepikan mana-mana kaum bagi membolehkan kesejahteraan negara dinikmati setiap rakyat.

"Saya percaya kaum Cina adalah kaum yang rasional dan mereka sentiasa mahukan sebuah negara yang stabil dan harmoni supaya dapat menjalani kehidupan dan perniagaan dalam suasana yang aman dan bahagia," katanya pada majlis makan malam ulang tahun ke-20 Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan upacara mengangkat sumpah ahli jawatankuasa pusat di sini, malam tadi.

Hadir sama Presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah. Hua Zong adalah pertubuhan payung ditubuhkan 13 Dewan Perhimpunan Cina Negeri pada 1991, sekali gus antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbesar yang mewakili masyarakat Cina di negara ini.

Muhyiddin turut berpeluang menulis perkataan dalam tulisan kaligrafi Cina yang membawa makna kasih sayang.
Selain, Timbalan Perdana Menteri berharap Hua Zong dan NGO lain dapat bersama-sama kerajaan memberi sumbangan membina sebuah masyarakat Malaysia yang lebih maju, meningkat pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan negara dan memelihara hak rakyat mengamalkan agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing.

Katanya, sebagai kerajaan yang responsif dan prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kerajaan BN sentiasa bersedia mendengar rintihan dan denyut nadi rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

"Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila banyak pandangan daripada masyarakat Cina baik yang berkaitan dengan bidang ekonomi, sosial, kebajikan mahupun pendidikan, diterima dan dilaksanakan oleh kerajaan.

"Dengan usaha kerajaan dan rakyat berbilang kaum, negara mencapai satu tahap pembangunan dan kemajuan yang dibanggakan dan dicontohi oleh negara lain.

"Kita antara negara berbilang kaum yang paling berjaya dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran negara sejak awal kita merdeka sehingga ke hari ini. Tidak banyak negara berbilang kaum lain di dunia yang berjaya mencapai apa yang dicapai oleh Malaysia dalam hal ini," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin turut mempelawa NGO, termasuk Hua Zong untuk memberikan pandangan dalam kajian semula sistem pendidikan negara yang akan memberi lebih manfaat pada rakyat.

Full content generated by Get Full RSS.

Pelajar Afrika pukul imigresen

Posted: 04 Dec 2011 01:34 PM PST

Nasional

SEORANG pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun ditahan berada dalam bilik bersama seorang daripada 10 lelaki warga Afrika yang dicekup imigresen di Mantin, semalam.

SEORANG pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun ditahan berada dalam bilik bersama seorang daripada 10 lelaki warga Afrika yang dicekup imigresen di Mantin, semalam.

Marah rakan ditahan ketika Operasi Ajar

MANTIN: Kira-kira 50 pelajar kolej swasta warga Afrika di sini, bertindak ganas termasuk memukul pegawai penguat kuasa imigresen yang menahan rakan-rakan mereka yang melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Ajar di apartmen asrama kolej itu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan penahanan lapan rakan mereka mulanya melakukan provokasi lisan terhadap anggota penguatkuasa. Keadaan terus menjadi tegang apabila provokasi mereka tidak dilayan, menyebabkan beberapa pelajar memandu sebuah kereta dan memberhentikannya di depan trak yang bergerak keluar dari kawasan itu.

Mereka kemudian menjerit memaki hamun hingga berlaku tolak menolak dan beberapa pelajar dilihat memukul anggota penguat kuasa.

Tindakan pelajar terbabit yang semakin tidak terkawal memaksa pasukan operasi yang turut dibantu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) memberi amaran dan menghalau mereka pulang ke bilik masing-masing.

Ketua Penguat kuasa jabatan itu, Abdul Kadir Hussin, mengakui kumpulan pelajar warga Afrika sering melakukan provokasi setiap kali pihaknya melakukan operasi membabitkan mereka.
"Kami sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bersyukur kita dapat mengawal keadaan dengan bertindak mengikut bidang kuasa kita," katanya di sini, semalam.

Katanya, dua pelajar Afrika berusia lingkungan 20-an ditahan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 46 warga asing yang sebahagian besarnya warga Afrika ditahan dalam 'Ops Ajar' selama tujuh jam bermula jam 10 malam itu.

Antara kesalahan mereka adalah pas pelajar tamat tempoh, tinggal lebih masa dan memiliki pasport palsu.

Operasi itu disertai 105 anggota termasuk Rela, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Turut ditahan dalam operasi itu adalah seorang pelajar wanita tempatan berusia 24 tahun kerana berkhalwat dengan seorang warga Afrika di dalam sebuah bilik di apartmen asrama berkenaan.

Dia diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan