Jumaat, 23 Disember 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mangsa banjir di Johor meningkat

Posted: 23 Dec 2011 02:35 AM PST

[unable to retrieve full-text content]JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di negeri ini meningkat kepada 965 orang di sebelah petang berbanding 932 orang pagi tadi.

SPRM ambil dokumen, CPU dari pejabat NFCorp

Posted: 23 Dec 2011 02:32 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini mengambil beberapa dokumen dan peralatan lain dari pejabat Pusat Fidlot Nasional (NFC) di Solaris Mont Kiara, di sini.

Lapan pegawai SPRM diketuai Pegawai Operasi, Wan Abdul Rahman Wan Mohd Salleh dilihat memasuki premis di tingkat 3A itu pada jam 3 petang tadi.

Kesemua mereka kemudiannya dilihat keluar dari premis itu dua jam kemudian dengan membawa sebuah 'central processing unit' (CPU) dan empat sampul surat besar berwarna putih dipercayai berisi dokumen yang diambil dari pejabat itu. Wan Abdul Rahman ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut dan berkata, pihak NFC memberikan kerjasama penuh kepada pegawai SPRM.

"Kami hanya berjumpa pekerja NFC yang agak ramai dan mereka berikan kerjasama penuh kepada lapan pegawai yang hadir hari ini," katanya kepada pemberita.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi mengesahkan kehadiran pegawainya di pejabat NFC hari ini bagi mencari bahan bukti berkaitan kes dana NFC.

"SPRM pergi ke pejabat NFC itu untuk mengambil dokumen yang berkaitan dengan kes itu bagi membantu siasatan kes tersebut yang sedang berjalan.
"Keterangan daripada pekerja dan individu yang berkaitan akan diambil dalam masa terdekat," katanya.

Isu mengenai NFC berbangkit susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu, yang menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya manakala pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana khususnya berkaitan pembelian kondominium mewah di ibu negara. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan