Berita Harian: Mutakhir |
| Mukhriz cadang semua wakil rakyat UMNO tandatangan surat akujanji Posted: 04 Dec 2011 02:11 AM PST Mutakhir KODIANG: Timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan semua wakil rakyat UMNO dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama UMNO dalam sebarang keadaan.Katanya, cadangan itu susulan ikrar taat setia yang dilafazkan mereka pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 di Kuala Lumpur semalam. "Dengan cara ini, mereka yang didapati melanggar ikrar bertulis akan dikenakan tindakan disiplin. "Saya harap setiap orang (pemimpin dan wakil rakyat UMNO) menandatangani akujanji bagi membuktikan mereka mengutamakan kepentingan parti, menyokong, bekerjasama dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Padang Sera, di sini, hari ini.Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO semalam, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia perwakilan di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta. Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti. Mengenai pemilihan calon muda pada pilihan raya umum nanti, Mukhriz berkata aspek penting calon yang hendak diketengahkan diterima rakyat termasuk golongan profesional muda.
"Dalam menonjolkan golongan profesional muda berpendidikan tinggi, mereka harus bersedia dan bersemangat untuk berkhidmat dan pandai bergaul dengan rakyat," kata Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabansga dan Industri. - BERNAMA |
| 108 mangsa dipindahkan ke pusat pemulihan banjir Posted: 04 Dec 2011 01:43 AM PST Mutakhir PANTU, Sarawak: Seramai 108 mangsa banjir daripada 28 keluarga dipindahkan ke pusat pemulihan banjir di SJK Chung Hua, Pantu di Bahagian Sri Aman di sini, hari ini, selepas beberapa buah rumah di Pangkalan Pantu, dilanda banjir pada paras hampir satu meter sejak semalam.Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Bencana Negeri berkata, pusat itu yang memulakan operasinya semalam berikutan hujan yang turun berterusan, dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Sri Aman. Mangsa dibekalkan makanan dan barang keperluan harian lain oleh jabatan itu, katanya selepas meninjau keadaan di kawasan berkenaan dan mengunjungi keluarga yang terjejas. Beliau diiringi oleh anggota Parlimen Sri Aman, Masir Kujat; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ose Murang dan Residen Sri Aman, Jonathan Lugoh. - BERNAMAFull content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan