Ahad, 8 April 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Kadet Polis cegah jenayah

Posted:

Kadet Polis cegah jenayah

Kadet Polis cegah jenayah

BUKIT MERTAJAM 7 April - Kor Kadet Polis memainkan peranan penting untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai perlunya kerjasama antara masyarakat dan pasukan keselamatan itu dalam menangani jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan tersebut berupaya mengenal pasti rakan sebaya mereka yang berdepan masalah dan melaporkan kepada sekolah supaya tindakan segera diambil sebelum merebak menjadi perkara serius.

Katanya, penubuhan kor itu bertujuan membentuk remaja melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri, membina semangat kerjasama dan patriotik di samping memberi pendedahan serta kefahaman mengenai tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undang.

"Kita mahu anggota Kor Kadet Polis menjadi aset negara ke arah pencapaian matlamat untuk memberi kesedaran berhubung pentingnya komuniti bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis sambutan ulang tahun Kor Kadet Polis ke-42 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kem Muhibbah, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob (gambar).

Seramai 600 anggota Kor Kadet Polis dari 70 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang mengambil bahagian dalam majlis berkenaan.

Pada majlis itu, seramai 51 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang menerima sijil penghargaan daripada pihak polis.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin.

Banteras gejala ponteng sekolah

Posted:

Banteras gejala ponteng sekolah

Banteras gejala ponteng sekolah


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (tengah) bersama pelajar ketika melancarkan program Titian Kasih Mega di SMK Syed Saffi, Simpang Empat, Kangar, kelmarin.


KANGAR 7 April - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu masyarakat menyelesaikan segera gejala ponteng sekolah kerana ia mendedahkan pelajar terhadap pelbagai masalah sosial, terutama jenayah.

Sehubungan itu, baginda mahu ibu bapa, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mempergiatkan aktiviti pencegahan secara berterusan sambil mengelak daripada tabiat menuding jari antara satu sama lain sebagai pesalah.

Titah baginda, pelajar yang ponteng lazimnya terdedah dan mudah terlibat dengan pelbagai kegiatan jenayah termasuk gengsterisme, mencuri, meragut, menagih dan mengedar dadah serta pelbagai bentuk jenayah lain.

"Pelajar mesti menjauhi gejala ponteng sekolah. Ini kerana ia memberikan banyak kesan negatif. Bak kata pepatah, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya'.

"Pihak sekolah dan PIBG juga perlu mempergiatkan langkah pencegahan ponteng sekolah daripada berterusan dan menghindarkan daripada asyik menuding jari antara satu sama lain, walhal masing-masing bertanggungjawab mengatasinya," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) bertitah demikian ketika melancarkan program Titian Kasih Mega anjuran YTSP dan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi, Simpang Empat di sini, semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Pengarah Pelajaran Negeri, Dun Kasa dan Setiausaha YTSP, Datuk Johari Darus hadir sama.

Baginda juga mengingatkan pelajar agar jangan sesekali terpengaruh dengan pelawaan rakan yang tidak berdisiplin untuk sama-sama ponteng, kerana perbuatan tersebut mempengaruhi masa depan pelajar itu sendiri.

"Setiap pelajar mesti bertindak bijak demi masa depan sendiri. Gejala ponteng merupakan kekangan disiplin yang paling banyak berlaku dan sukar diatasi.

"Isu ini juga menjadi seperti satu indikator atau pendekatan yang menjadi penanda aras atau 'duri dalam daging' kepada sistem pendidikan yang telah dilaksanakan melalui Dasar Pendidikan Negara.

"Para pelajar perlu sedar terhadap akibat gejala ponteng sekolah kerana ia akan menjejaskan bukan sahaja diri sendiri, malah kepada keluarga dan juga negeri serta negara," titah baginda.

Pameran orkid di Tesco Extra Ipoh

Posted:

Pameran orkid di Tesco Extra Ipoh

Pameran orkid di Tesco Extra Ipoh

IPOH 7 April - Lebih 15,000 orkid dan pelbagai spesies flora termasuk tumbuhan hiasan, herba dan buah-buahan dijual di Promosi dan Pameran Orkid Peringkat Kebangsaan yang bermula hari ini hingga Ahad depan.

Setiausaha Persatuan Orkid Ipoh, Rajah Sreenivasan berkata, pameran florikultur yang berlangsung di tempat letak kenderaan Tesco Extra Ipoh itu merangkumi kawasan seluas 929 meter persegi.

"Promosi orkid ini dibuka kepada orang ramai secara percuma bermula dari pukul 9 pagi sehingga 9 malam.

"Sebanyak 18 gerai jualan akan dibuka dan 10 pengusaha flora secara komersial dari Semenanjung mengambil bahagian dalam pameran ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Rajah berkata, pameran orkid berkenaan bakal dilancarkan secara rasmi oleh Penyelaras Parlimen Ipoh Barat, Datuk Tan Chin Ming pada Isnin ini pukul 10 pagi.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai khususnya penggemar orkid dialu-alukan untuk hadir beramai-ramai kerana pelbagai jenis tumbuhan serta peralatan berkebun juga dijual pada harga istimewa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan