Ahad, 8 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Nenek terharu terima bantuan baiki bumbung rumah

Posted: 08 Apr 2012 02:37 AM PDT

Mutakhir

BALIK PULAU: Keperitan hidup seorang nenek yang berhadapan dengan masalah bumbung bocor sejak beberapa bulan lalu mendapat pembelaan Kerajaan Pusat apabila atap kediamannya di Kampung Sungai Pinang di sini diganti dengan yang baru.

Saddiah Abu, 70, berkata beliau begitu terharu apabila bantuan bernilai RM3,000 itu diterima tidak sampai sebulan selepas borang permohonan diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pulau Pinang melalui jawatankuasa kemajuan kampung. "Dulu atap rumah tidak rosak begitu teruk tetapi baru-baru ini semakin banyak bahagian yang telah tiris. Kalau hujan memang becak seluruh rumah hingga terpaksa tadah dengan baldi," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Jasa Prihatin anjuran JASA di sini, hari ini.

Beliau yang tinggal bersama cucunya, Mohd Nizam Ahmad Basrah, 24, berkata akibat kesempitan hidup, bumbung rumahnya tidak pernah berganti sejak 25 tahun lalu.

"Anak-anak lain memang ada, tetapi mereka juga hidup susah. Pendapatan cucu sebagai operator pengeluaran hanya cukup menampung keperluan asas kami berdua sahaja," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jasa negeri, Ahmad Amirulzamil Masri berkata bagi kawasan Parlimen Balik Pulau, JASA mempertimbangkan dua rumah lagi untuk dibaiki.

"Kita akan selesaikan urusan membaiki rumah mereka yang berkenaan sebelum akhir bulan ini," katanya.
Beliau berkata, dalam program sepanjang tahun itu, JASA turut menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai, hamper dan sumbangan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir pada program hari ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya. - BERNAMA

Tunai janji kepada rakyat keutamaan BN: Musa

Posted: 08 Apr 2012 02:33 AM PDT

Mutakhir

SANDAKAN: Usaha untuk menunaikan janji kepada rakyat dan mendengar permasalahan mereka secara terus menjadi keutamaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Katanya, usaha BN ini diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang turun padang berjumpa rakyat melalui beberapa program yang dilaksanakannya seperti tinjauan mesra dan terbaru, Jelajah Janji Ditepati. "Pemimpin negara yakin dan berani untuk bersemuka dengan rakyat kerana mampu untuk menunaikan janji yang diberikan kepada mereka.

"Ia juga bagi membolehkan permasalahan rakyat dapat terus didengar daripada mereka dan menyelesaikannya serta merta," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO Bahagian Libaran di sini hari ini.

Musa berkata, ia berbeza dengan pemimpin pakatan pembangkang yang hanya pandai memberikan janji kosong dan tidak mempunyai kemampuan untuk menunaikan janji mereka.

Katanya, pakatan pembangkang lebih berminat kepada kuasa untuk memerintah tetapi gagal untuk membela nasib rakyat dan ini boleh dilihat dan terbukti berlaku di negeri yang mereka terajui. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan