Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Perkasakan bahasa Arab di sekolah - Abdullah

Posted:

Perkasakan bahasa Arab di sekolah - Abdullah

Perkasakan bahasa Arab di sekolah - Abdullah


ABDULLAH Ahmad Badawi (tengah) bersama wakil-wakil penerima bantuan SAR bagi kawasan Parlimen Kepala Batas di Penaga Pulau Pinang, semalam.


KEPALA BATAS 5 April - Sistem pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah perlu diperkasakan setaraf dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi melahirkan pelajar yang cemerlang untuk mendalami bahasa al-Quran.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, suasana pembelajaran di sekolah yang menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar amat baik kerana secara tidak langsung melahirkan pelajar yang dekat dengan Islam.

Menurutnya, sekiranya pelajar fasih berbahasa Arab mereka juga tidak akan dipesongkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang menggunakan agama Islam dan bertutur dalam bahasa Arab untuk mempengaruhi orang ramai terutama pelajar.

"Satu sistem pembelajaran khusus perlu diadakan untuk melatih tenaga pengajar agar mendalami bahasa Arab sebelum mereka turun menyampaikannya kepada pelajar-pelajar di sekolah.

"Pelajar yang fasih berbahasa Arab juga mampu mengelak daripada terpengaruh dengan kumpulan pelampau agama atau ajaran yang bukan-bukan dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa perantaraan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyerahan Cek Bantuan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Parlimen Kepala Batas di Madrasah Nurul Huda, Lahar Endin di sini hari ini.

Sebanyak 19 SAR dan KAFA menerima sumbangan daripada Kementerian Pelajaran bernilai RM21,974.54 setiap sekolah dengan jumlah keseluruhan RM417,516.26.

Tambah Abdullah, satu sistem serta pusat latihan khas kepada guru-guru perlu diwujudkan untuk menyediakan mereka terlebih dahulu sebelum mengajar di sekolah-sekolah.

Jelasnya, perkara itu tidak boleh dilaksanakan dalam sekelip mata kerana sistem tersebut berkait dengan dasar serta proses-proses tertentu.

"Tapi kita kena sabar bersabar sebelum dapat melihat hasilnya yang suatu hari nanti sekali gus menjadikan sistem pembelajaran kita disegani oleh negara Islam lain.

"Pembelajaran bahasa al-Quran ini juga perlu berterusan dan sepanjang masa sama seperti proses memperkasakan semula tulisan jawi di sekolah," ujarnya.

Menyentuh mengenai bantuan kepada SAR, Abdullah menasihati para pentadbir sekolah menggunakan sumbangan tersebut sebaiknya untuk meningkat kemudahan yang ada di sekolah masing-masing seperti membaiki kerosakan peralatan atau membeli kitab-kitab rujukan.

Katanya, sekolah agama menjadi pilihan orang ramai untuk mendalami ilmu-ilmu yang tidak diajar di sekolah biasa dan ia adalah tempat terbaik menyediakan didikan agama kepada anak-anak.

BN tingkat kualiti hidup rakyat

Posted:

BN tingkat kualiti hidup rakyat

BN tingkat kualiti hidup rakyat

Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusanpenang@utusan.com.my


PUSAT Komersial Tasek Gelugor bakal merubah wajah pembangunan di Permatang Berangan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.


TASEK GELUGOR 5 April - Pelbagai projek pembangunan akan terus dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini, bagi memastikan kualiti hidup penduduknya meningkat seiring peredaran semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya berkata, usaha tersebut diambil serius oleh Kerajaan Pusat untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya di kampung-kampung supaya tidak ketinggalan dalam usaha mencapai negara maju menjelang 2020.

"Disebabkan itu juga kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyalurkan pelbagai bantuan bagi membangunkan kawasan ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Antara usaha Kerajaan Pusat itu katanya, adalah membina Pusat Komersial Tasek Gelugor yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Kompleks itu tambah beliau, bakal menjadi pusat perniagaan moden dan mampu melahirkan ramai usahawan Melayu yang berjaya.

Menurut Shabudin, pihaknya juga prihatin dengan nasib golongan nelayan di Lebuh Banting, Padang Menora yang bergantung kepada hasil tangkapan ikan dan udang galah di sungai.

Untuk itu ujar beliau, sebuah jeti khas akan dibina tidak lama lagi untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai pusat pembiakan perikanan khususnya udang galah.

"Dengan adanya jeti ini nanti, nelayan dapat menaikkan serta memasarkan hasil tangkapan dengan lebih banyak," ujarnya.

Dalam bidang pendidikan pula katanya, kerajaan Pusat telah menjadikan Simpang Tiga Pokok Sena, di sini sebagai Taman Pendidikan.

Selain itu ujar beliau, bagi menjadikan kawasan Permatang Berangan bergerak maju dalam bidang pertanian sebuah pusat latihan pertanian perlu dibina di situ.

"Dengan adanya pusat itu, ramai anak muda dapat diberi pelbagai latihan dan melalui ilmu yang dibekalkan mereka boleh menjadi petani moden berkemahiran," katanya.

RM490j kos tebatan banjir

Posted:

RM490j kos tebatan banjir

RM490j kos tebatan banjir

Oleh ASLIZA MUSA, AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI dan KHAIRUL ABIDIN NUAR
pengarang@utusan.com.my

IPOH 5 April - Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kerian yang bermula sejak 12 Mac lalu bagi mengatasi masalah tersebut khususnya di Daerah Kerian, dijangka siap pada akhir 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari berkata, sebanyak 16 projek tebatan banjir telah dikenal pasti untuk dilaksanakan melibatkan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM490 juta.

"Antara RTB Lembangan Sungai Kerian yang dirancang ialah pembinaan ban dari Changkat Lobak ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) serta ban dari Sungai Air Hitam ke Padang Lalang.

"Selain itu, ia termasuk RTB Lembangan Sungai Kerian membabitkan pembinaan rumah pam Parit Buntar," katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Sham Mat Sahat (BN-Alor Pongsu) di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ramly berkata, antara punca berlakunya banjir khususnya di kawasan Alor Pongsu dan Beriah adalah disebabkan kadar hujan luar biasa yang mengakibatkan limpahan air sungai.

Beliau berkata, keadaan tanah yang rendah berbanding ketinggian paras air laut turut menjadikan kawasan sekitar serta alam semulajadinya menjadi dataran banjir.

"Selain itu, pelepasan air dari Empangan Bukit Merah yang telah mencapai aras maksimum juga terpaksa dilakukan demi keselamatan dan kestabilan empangan tersebut.

"Kejadian air pasang surut air laut turut menyebabkan aliran air Sungai Kerian dan Sungai Kurau menjadi perlahan sekali gus meningkatkan paras air di sungai tersebut," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan