Jumaat, 6 April 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Muhyiddin mahu semua mesyuarat cawangan tumpu persiapan pilihan raya

Posted: 06 Apr 2012 03:12 AM PDT

Mutakhir

MUAR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat Umno di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan tempoh masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan. "Saya mohon dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan perbahasan peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi jauh lebih baik daripada undi pada 2008.

"Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan jabatan kerana perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau kita minta pun kita akan bagi nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Bahagian Pagoh di sini, hari ini. - BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Tahanan kes rompak lolos dari Mahkamah Jalan Duta

Posted: 06 Apr 2012 03:04 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan yang dibawa ke Mahkamah Sesyen berhubung tuduhan rompakan berkumpulan, meloloskan diri daripada lokap tahanan sementara di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, hari ini.

Mohd Radzuan Abdul Rahman, 33, melarikan diri pada jam 8.45 pagi dengan berpakaian baju-T berwarna kuning dan berseluar pendek ketika itu sedang dibawa bersama 50 tahanan lain dari Penjara Sungai Buloh untuk diserahkan kepada anggota polis di mahkamah itu. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, berkata ketika kejadian, Mohd Radzuan, yang berasal dari Jalan Klang Lama, sedang berbual dengan rakan-rakannya sebelum bertindak membuka gari dan melarikan diri dengan memanjat pagar mahkamah.

"Pengawal keselamatan yang berada di hadapan mahkamah itu tidak sempat mengejarnya," katanya ketika dihubungi.

Beliau tidak menolak kemungkinan terdapat unsur kecuaian oleh pihak polis yang mengawal lelaki itu yang ditahan reman sejak 30 Januari lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melepaskan diri dari tahanan polis.

Khairi berkata, polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di kompleks berkenaan untuk mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.
Anggota polis mengepung keseluruhan kawasan kompleks mahkamah itu dengan melakukan pemeriksaan setiap bilik di situ. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan