Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Terengganu destinasi sukan lasak

Posted:

Terengganu destinasi sukan lasak

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Cabaran cemas melalui alur sungai yang terpaksa dilalui peserta kategori pacuan empat roda pada Kejohanan Drive Ride (DR) 4X4 Ranggok Antarabangsa di Litar Sukan Lasak Gong Cempedak, Marang, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 9 April - Dengan jaluran pantai, pulau, paya, hutan, tasik dan bukit-bukau serta gunung-ganang yang menggariskan sempadan, latar alam Terengganu menawarkan banyak pilihan.

Bukan sahaja bagi mereka yang ingin berada dalam suasana santai menghabiskan percutian di lokasi yang diinginkan tetapi juga bagi mereka yang gemarkan kembara dengan aktiviti yang mencabar keupayaan diri.

Ia dikaitkan dengan aktiviti sukan lasak termasuklah renang, berkayak, mendaki, berbasikal, berkuda, kembara meredah hutan atau yang melibatkan jentera pemotoran.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Penduduk mahu jambatan baharu

Posted:

Penduduk mahu jambatan baharu

Oleh CHE MASTURA CHE HARUN
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang penduduk menunggang motosikal melalui jambatan usang di Kampung Sinar Jaya, Kuala Krai, baru-baru ini.


KUALA KRAI 9 April - Penduduk di Kampung Sinar Jaya di sini memohon pihak berkuasa supaya menggantikan jambatan kayu kerana keadaannya yang terlalu uzur serta membahayakan pengguna.

Jambatan tersebut digunakan oleh penduduk kampung sebagai jalan pintas untuk mereka keluar ke bandar dan laluan kanak-kanak ke sekolah.

Seorang penduduk, Mek Joh Ab. Rahman, 63, berkata, jambatan tersebut menjadi pilihan utama penduduk terutama yang bermotosikal kerana lebih dekat biarpun ada jalan raya yang menghubungkan kampung itu dengan pekan Kuala Krai.

"Jambatan ini sering rosak dan ia membahayakan nyawa penduduk terutama kepada penunggang motosikal.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

PSMZA sasar status Politeknik Premier

Posted:

PSMZA sasar status Politeknik Premier


Zolkarnain Jobshi (kanan) diberi penerangan oleh pelajar mengenai projek inovasi mereka yang memenangi anugerah dalam satu pertandingan baru-baru ini di Dungun, semalam.


DUNGUN 9 April - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) di sini menyasarkan untuk mencapai status Politeknik Premier pada tahun hadapan.

Pengarahnya, Mejar (K) Zolkarnain Jobshi berkata, ia berasaskan Pelan Strategik PSMZA 2009-2013 untuk memacu prestasi politeknik itu ke tahap yang lebih tinggi dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Katanya, ia sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik bagi merealisasikan hasrat Jabatan Pengajian Tinggi yang mahu menempatkan institusi itu setanding dengan institusi pengajian tinggi awam ternama.

''Ini dilakukan melalui usaha meningkatkan kualiti akademik, pengurusan dan pencapaian graduan termasuk melalui jaringan kerjasama dengan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam dan luar negara.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan