Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia boleh muflis dalam 2 tahun

Posted:

Malaysia boleh muflis dalam 2 tahun

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my



BENTONG 9 April - Negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika pakatan pembangkang memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan dalam siri kempen politik mereka sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, tiga janji tersebut iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut beliau, sekiranya pembangkang memerintah negara ini, mereka memerlukan RM200 bilion setahun untuk menunaikan kesemua janji tersebut.

''Ketiga-tiga janji itu tidak realistik kerana untuk menghapuskan kutipan tol sahaja kerajaan memerlukan perbelanjaan tambahan RM100 bilion, PTPTN, RM43 bilion dan gaji minimum, hampir RM60 bilion setahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pengundi muda tidak tolak BN

Posted:

Pengundi muda tidak tolak BN

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak mendengar soalan yang diajukan pengacara NTV7, Owen Yap (kiri) dan Lee Siad Huey dalam satu temu bual khas berbahasa Mandarin Chat Time With...Najib di Studio NTV7 Kuala Lumpur, malam tadi. - bernama


PETALING JAYA 9 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal pendapat beberapa pihak yang mengatakan sokongan pengundi muda kini lebih terarah kepada pembangkang.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, banyak bukti yang menunjukkan golongan tersebut kini bersama Barisan Nasional (BN) seperti dilihat dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini.

"Mereka merasakan kita (BN) sebagai kerajaan yang mengambil berat kepentingan rakyat dan mengutamakan sektor pendidikan seperti pemberian baucer RM200 (pembelian buku) dan subsidi 90 peratus dalam pendidikan tinggi.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pinjaman Bank Dunia sudah langsai

Posted:

Pinjaman Bank Dunia sudah langsai

KUALA LUMPUR 9 April - Kerajaan sudah melangsaikan pinjaman yang dibuat dari Bank Dunia manakala sebahagian besar pinjaman Bank Pembangunan Asia (ADB) sudah dijelaskan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar) berkata, pinjaman kerajaan berjumlah AS$2.646 bilion (RM7.938 bilion) dari Bank Dunia yang dibuat antara 1965 dan 1999 sudah sepenuhnya dilangsaikan pada 2011.

"Pinjaman ADB pula yang diperoleh pada 1968 hingga 2002 berjumlah AS$1.285 bilion (RM3.855 bilion) sehingga Disember 2011 masih lagi berbaki AS$124 juta (RM372 juta)," katanya ketika menjawab soalan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Husni memberitahu, jumlah keseluruhan pinjaman kerajaan dari Bank Dunia dan ADB antara 1965 dan 2002 berjumlah AS$3.931 bilion (RM11.793 bilion) yang dibuat setelah mengambil kira kemampuan kerajaan untuk membayarnya semula.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan