Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pesta Air Tok Bali gamit pelancong

Posted:

Pesta Air Tok Bali gamit pelancong

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada pelbagai kenderaan air melakukan ujian masing-masing sempena Pesta Air Tok Bali 2012 di Terusan Tok Bali, Pasir Puteh, baru-baru ini. - UTUSAN/TOREK SULONG


PASIR PUTEH 5 April - Pesta Air Tok Bali 2012 yang berlangsung selama tiga hari di Terusan Tok Bali dekat sini, baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan keindahan pantai di kawasan itu sebagai aset pelancongan terbaharu di daerah ini.

Kampung Tok Bali sebelum ini merupakan sebuah perkampungan nelayan yang terpinggir daripada arus pembangunan dan modenisasi kerana lokasi ini dipisahkan oleh Sungai Semerak.

Orang ramai yang ingin ke kampung itu terpaksa menggunakan perahu dan bot penambang sahaja.

Pembangunan di kampung itu bermula selepas pembinaan sebuah jambatan konkrit merentasi Sungai Semerak dan rangkaian jalan raya, termasuk jalan pantai menghubungkan Kuala Besut, Terengganu-Tok Bali-Bachok dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

28 bakal kongsi RM700,000

Posted:

28 bakal kongsi RM700,000

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


MOHD. Ariffin Awang (duduk, dua dari kiri) dan Sharifah Hashim (duduk, tengah) bangga dengan kualiti hasil tuaian tembikai wangi bersama peserta ladang kontrak Projek Diraja Banggol di Kota Bharu, semalam


KOTA BHARU 5 April - Seramai 28 peserta Projek Diraja Banggol di sini yang mengusahakan tanaman tembikai wangi dan biasa, kini tersenyum puas apabila dikatakan mampu memperoleh pendapatan kira-kira RM700,000 tahun ini.

Pengarah FAMA Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, projek tersebut mampu mengeluarkan hasil kira-kira 400 tan metrik buah tembikai wangi dan biasa semusim.

Beliau berkata, pada hari ini sahaja 50 tan metrik buah berkenaan dipetik dan akan dibeli oleh FAMA pada harga RM1.20 sekilogram berbanding harga lantai 85 sen sekilogram.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Jangan leka dengan kejayaan silam

Posted:

Jangan leka dengan kejayaan silam


AZMI Osman bersama Muhammad Hamizan Fahmy Abdul Halim (kiri) dan Zoelhamka Eqbal Zakaria yang menerima sijil penghargaan pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 5 April - Anggota dan pegawai bomba diminta tidak leka dengan kejayaan masa silam sehingga melupakan tugas mereka untuk sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, masyarakat adalah 'pelanggan' bomba yang mesti dilayan dengan hormat tanpa mengira status dan bangsa.

"Sebarang rungutan yang diterima mengenai sistem penyampaian kita mestilah ditelan meskipun pahit, pelanggan menuntut perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti. Jadi itu yang mesti kita berikan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan