Jumaat, 6 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


'Orang buta, tuli saja tak tahu'

Posted:

'Orang buta, tuli saja tak tahu'

Oleh KAMIL MASLIH
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 April - Walaupun didesak oleh ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar beliau menjawab segala dakwaan ke atasnya, namun Azmin Ali (gambar) tetap enggan berbuat demikian.

Sebaliknya, Timbalan Presiden PKR itu menganggap semua tuduhan tersebut sudah dijawab sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, tiada apa yang perlu dijelaskan lagi kerana semua itu telah dijawab berulang kali sebelum ini.

Beliau memberi jawapan "Tak payah," ketika ditanya mengenai semua kontroversi yang berlaku.

"Tak ada apa... berapa kali nak jawab. Hanya orang buta dan tuli saja yang tidak tahu," katanya.

Semalam, ahli-ahli akar umbi PKR buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin menjawab segala dakwaan terhadapnya dan meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sistem demokrasi Malaysia lancar

Posted:

Sistem demokrasi Malaysia lancar


Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee (kanan) menerima kunjungan hormat Eni Faleomavaega dengan diiringi Jamaludin Jarjis (kiri) di Parlimen, semalam. - BERNAMA.


KUALA LUMPUR 5 April - Ahli Kongres dari Amerika Syarikat (AS), Eni Faleomavaega menyifatkan sistem demokrasi di Malaysia berlangsung dengan lancar dan terpulang kepada kebijaksanaan rakyat di negara ini untuk memilih sendiri kerajaan.

Beliau memberitahu, adalah tidak adil untuk mana-mana ahli politik dari AS untuk tampil memberi sokongan kepada mana-mana pihak di negara ini.

"Ia bukan urusan kami, tapi saya percaya proses anda akan berlangsung dengan aman dan terpulang kepada anda untuk memilih sendiri, saya percaya kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin anda," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di bangunan Parlimen hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Muhyiddin mahu peladang ceburi peluang baru

Posted:

Muhyiddin mahu peladang ceburi peluang baru

GURUN 5 April – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu para peladang di negara ini menceburi peluang baru dalam bidang-bidang pertanian termasuk mengusahakan projek yang lebih bersifat komersial.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, melalui pendekatan itu, para petani boleh meningkatkan lagi pendapatan dan pada masa yang sama lebih bersifat lestari masa depan.

"Saya mahu melihat peladang di negara kita melangkah ke hadapan dan tidak bergantung kepada tanah atau hasil pertanian semata-semata. Banyak bidang berkaitan pertanian yang boleh dikembangkan antaranya, melibatkan diri dalam industri pembuatan jentera ataupun menghasilkan bahan-bahan mentah yang diperlukan sektor ini.

"Sudah sampai masa, kita mengorak langkah ke hadapan mencari peluang baru, cari jaminan masa hadapan yang bersifat lestari untuk jangka panjang. Jika boleh lakukan, petani kita akan mencapai kejayaan besar," katanya ketika merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. dan majlis perjumpaan bersama pemimpin peladang di seluruh Kedah di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan