Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Keunikan Masjid Ulul Albab

Posted:

Keunikan Masjid Ulul Albab

Oleh Wan Zulkifli Wan Yaacob
utusanterengganu@utusan.com.my


Mimbar Masjid Ulul Albab bermotifkan ukuran songket.


BESUT 4 April - Jerteh, tentunya bukan lagi sekadar nama diingati sebagai pekan di laluan penghubung antara Terengganu dengan Kelantan yang sedang pesat membangun.

Bagi sesiapa yang singgah atau sekadar melaluinya semasa dalam perjalanan, pandangan pastinya juga terarah kepada masjid-masjid yang tersergam indah, menggamit rasa untuk singgah.

Selain Masjid Hadhari yang menggabungkan unsur seni bina dua zaman kegemilangan peradaban Islam Timur Tengah dan Sepanyol terpaku di tengah pekan itu, kini sebuah lagi masjid turut menjadi mercu tanda barunya.

Masjid baru Seberang Jerteh mula digunakan Ramadan lalu yang awalnya bergelar sebagai 'masjid kayu'.

Ia memancarkan ketinggian seni bina dan seni pertukangan Melayu silam yang sekian lama seolah-olah dilupakan oleh penguasa atau perancang apabila setiap masjid ingin didirikan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Rakyat Kelantan perlu bersatu

Posted:

Rakyat Kelantan perlu bersatu

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 April - Rakyat perlu bersatu menolak fahaman politik yang hanya berjuang untuk kepentingan parti tanpa mempedulikan kebajikan mereka secara menyeluruh.

Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff (gambar) berkata, adalah amat mendukacitakan apabila kerajaan Pas yang mentadbir Kelantan hampir 22 tahun dengan slogan 'Islam' tetapi gagal memahami aspirasi rakyat lantaran asyik berpolitik.

"Kerana itu banyak isu rakyat tidak dapat diselesaikan. Lihat saja masalah air yang berlarutan tanpa jalan penyelesaian sampai sekarang, sedangkan ia adalah sumber utama kehidupan.

"Begitu juga dengan kemudahan rumah rakyat mampu milik, walaupun desakan demi desakan dibuat namun nampaknya mereka (kerajaan Pas) lebih menumpukan kepada projek rumah mewah yang di luar kemampuan rakyat untuk memilikinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pelajar bumiputera perlu teroka kerjaya baru

Posted:

Pelajar bumiputera perlu teroka kerjaya baru


Idris Jusoh berbual dengan sekumpulan pelajar lepasan SPM yang mendaftar untuk kemasukan ke IPTA dan IPTS di Karnival Pendidikan Mara 2012 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 4 April - Pelajar bumiputera perlu berani meneroka bidang kerjaya baru yang berpotensi menempatkan mereka di kalangan profesional lain.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia akan meningkatkan nilai pasaran mereka dan memberi ruang serta peluang yang lebih luas untuk berkembang di dalam industri.

"Selama ini bidang kedoktoran, kejuruteraan mekanikal dan perguruan memberi peluang pekerjaan yang luas namun kini graduan terpaksa bersaing untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

"Justeru, keperluan untuk meneroka bidang baru seperti nuklear, kejuruteraan bioteknologi, eurosains dan penerbangan amat penting kerana ia merupakan bidang yang masih baru dan mempunyai potensi yang cukup besar," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan