Khamis, 5 April 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Azmin didesak keluar parti

Posted:

Azmin didesak keluar parti

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


KETUA Penerangan Parti Keadilan Rakyat Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi (duduk, dua dari kiri) bersama sebahagian ahli jawatankuasa bahagian itu pada sidang akhbar bagi mendesak Timbalan Presiden parti berkenaan, Azmin Ali menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 4 April – Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.

Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan dan 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Semua cadangan PSC diteliti

Posted:

Semua cadangan PSC diteliti

PHNOM PENH 4 April - Kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti kesemua 22 cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan proses pilihan raya sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan benar-benar ikhlas menubuhkan jawatankuasa itu yang dianggotai wakil Barisan Nasional (BN) dan pembangkang untuk membincangkan segala perkara berhubung proses pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau agak kecewa dengan tindakan pembangkang menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat ketika cadangan PSC itu dibentangkan semalam, sedangkan mereka sudah pun dilibatkan dalam perbincangan jawatankuasa tersebut.

"Sepatutnya segala isu diketengahkan dalam jawatankuasa tersebut yang saya difahamkan banyak perkara dibincangkan tidak ditentang oleh pembangkang, mereka menerimanya. Tiba-tiba apabila perkara itu dibentangkan secara rasmi timbul pula kekecohan dalam Dewan dan sebagainya," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

ASEAN perlu pemimpin masa depan

Posted:

ASEAN perlu pemimpin masa depan


Najib Tun Razak bersama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) di Phnom Penh, semalam.


PHNOM PENH 4 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menekankan tentang pentingnya ASEAN memberi tumpuan kepada pembangunan insan, kreativiti dan hubungan dengan generasi muda bagi mengasah kepemimpinan yang bakal meneruskan kemajuan rantau.

Beliau berkata, ASEAN memerlukan pemimpin untuk meneroka peluang-peluang baru di peringkat global dan ketiga-tiga elemen itu penting bagi membuka jalan ke arah itu.

"Walaupun hari ini, kita berada di persimpangan dengan Kesatuan Eropah masih dibelenggu ribut ekonomi, ASEAN perlu berwaspada bagi mengelak masalah. Sebab itu amat penting sekarang untuk memastikan ASEAN mempunyai daya kepimpinan yang dapat membawa kita melepasi halangan agar kembali kuat dan lebih bersatu," katanya.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan